Euforia Bola 2026
Hiburan By: Halimey Zamal December 7, 2022 @ 2:20pm

“Ada Skrip Yang Sama Rupanya” – Gelagat Anak Nak Pukul Mama, Eyra Hazali Keluarkan Ayat ‘Mak-Mak’!

Gelagat si cilik, Hayder Qhalish iaitu anak kepada Eyra Hazali dan suami Haziq Nadzli sekali lagi meraih perhatian wargamaya, baru-baru ini.

Terbaharu, terdapat sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan Eyra sedang mempromosikan produknya namun secara tiba-tiba Hayder datang menghampiri Eyra untuk memukulnya.

“Sini lah try try try pukul mama!

” Hoiii, mana belajar ni? tak sayang mama, tak sayang mama, tak sayang mama, pi keluar dari rumah ni.

“Tak payah duk dengan mama dah. Kalau sakit ke apa tak yah mai kat mama, abang tak sayang mama kan pi duk luar. Tak sayang mama lepas tu nak menangis-nangis.” ucap Eyra.

Sementara itu, lebih menghiburkan apabila Hayder membalas pertanyaan Eyra tanpa rasa bersalah dengan memberitahu dia tidak menyayangi Eyra sebagai ibunya.

“Abang tak sayang mama, tak tak tak sayang mama!” jelas Hayder.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat dua beranak itu dan memuji cara didikan Eyra yang tidak terlalu memanjakan anak sejak kecil lagi.

“Eyra marah keluaq utara teruih.

“Kita sebagai mak-mak ni ada skrip yang sama rupanya.

“Bagus juga ajar anak dengan sedikit kemarahan kan, jangan asyik bagi budak tu manja sangat.” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 3.2 juta tontonan dan lebih 273,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Mar 2019

滑溜溜大眼舍不得戳!萌系煎蛋太疗愈

除了利用不同的烹调方式料理鸡蛋,大家是否有尝试过改变煎鸡蛋的造型吗?

Featured Thu, 11 Feb 2021
Trending Wed, 27 Apr 2022
Trending Tue, 23 Feb 2021

Vaksin Covid-19 : Malaysia BUKAN Mangsa Uji Kaji

Ingat! jangan takut untuk mendapatkan vaksin

Featured Wed, 5 May 2021

Bantuan RM 500 Buat Peniaga Bazaar Selangor Yang Terjejas

Mulai 8 Mei ini, operasi di semua Bazar Ramadan di seluruh Selangor tidak akan dibenarkan. Justeru, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap peniaga yang terjejas […]

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Sat, 2 Feb 2019
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Netizen Nampak ‘Baby Bump’ Fazura?

Namun itu hanya andaian sahaja, perlu dapatkan kepastian daripada tuan punya badan sendiri. Tapi kalau benar Fazura sudah hamil, kami di xtra turut tumpang gembira!

error: Content is protected !!