Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 1, 2020 @ 3:00pm

“Lapar sangat ye kamu semua ni?,” tulis Jovian bila baju mentua disamakan dengan juadah berbuka

Seawal bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, ramai yang memuji koleksi baju batik yang digayakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, setiap kali muncul pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP.

Sepanjang mengemas kini isu PKP, dapat dilihat warga siber memuji-muji pakaian Ismail Sabri, malah soalan yang sering diajukan mereka, antaranya “dekat mana beli baju tok?”.

Ada segelintir pula bertanya, “Kalau baju batik cantik macam tok Sabri ini, barulah anak muda tak malu pakai”.

Terbaharu, warga siber menyamakan pula pakaian Ismail Sabri seperti juadah berbuka, siap dipamerkan dalam bentuk grafik.

Menjadi terlebih kreatif nampaknya warga siber ini, mungkin terlalu banyak masa terluang sepanjang PKP, tak tahu nak buat apa, tambahan pula sedang berpuasa jadi tengok baju Ismail Sabri pun boleh jadi lapar!

Menerusi hantaran dalam Facebook milik pengguna DakuCing Ku, beberapa foto Ismail Sabri disamakan dengan hidangan popular tempatan.

“Sidang media selalu dinantikan-nantikan. Suka tengok penampilan Datuk. Nampak muda 10 tahun pakai baju batik warna-warni,” tulis akaun itu.

Hantaran DakuCing Ku itu. mendapat maklum balas dan perhatian ramai warga siber yang turut memberikan komen.

“Terliur aku tengok semua jenis kuih tu. Memang nampak menyelerakan baju Datuk Seri Ismail Sabri ni. Puasa ni semua benda pun nampak macam makanan dan minuman,” tulis Nurhayati Hamzah.

“Ini adalah satu cara untuk tarik perhatian penonton. Sebab mesej yang dia nak sampaikan tu penting,” komen Mutia Khalid.

“Sempat lagi tu kalau nak tempah untuk raya design macam tu. Ramai duk rumah sekarang ni. Selain masak, boleh juga belajar menjahit,” sahut Uji Fauziah Saamah.

Warna dan corak yang menarik seumpamanya kena dengan setiap juadah pencuci mulut setiap satunya.

Ada kek lapis, apam polka dot, air batu campur (ABC), jus avokado, aiskrim Oreo, jus strawberi, sagu gula melaka, lengkong dan sebagainya lagi.

Gambar-gambar yang tular di media sosial itu turut dikongsikan oleh Datuk Jovian Mandagie sendiri dalam akaun Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lapar sangat ye kamu semua ni? ???????????? @ismailsabri60 look at these Pa

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

“Lapar sangat ye kamu semua ni? Look at these Pa (Ismail Sabri),” tulisnya sekali gus berkongsi hantaran itu kepada bapa mentuanya.

Sebelum ini, Jovian pernah berkongsi ada antara baju batik yang disarung Ismail Sabri itu dihasilkannya daripada batik yang dilukis khas, malah ada antara fabrik batik itu merupakan sentuhan eksklusif dari Tenunan Royal Pahang!

Kita tunggu pula corak apa esok yang akan dipakai Datuk Seri Ismail Sabri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Nov 2025

Aina Abdul Mengaku ‘Nervous’ Naik Stage – “Harap Rasa Tu Tak Hilang”

Aina Abdul mengakui masih berasa gemuruh meskipun sudah beraksi di beberapa pentas besar sebelum ini.

Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019

Skirt ratu ini hanya berharga RM82 tapi dia berjaya menjadikannya tampak lebih mewah

Walaupun dia seorang ratu, Permaisuri Letizia tak pentingkan pakaian mewah.

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

Featured Mon, 7 Aug 2023
Featured Thu, 23 Feb 2023

Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

Mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka 😢😢

Featured Mon, 4 Oct 2021
error: Content is protected !!