Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina April 21, 2020 @ 4:43pm

Terbaik! Selepas 4 Hari Habis Pantang, Isteri Hafiz Suip Jadi Sukarelawan Bantu ‘Frontliners’

Terbaik Effy!

Selepas baru sahaja 4 hari habis berpantang anak kedua, isteri kepada penyanyi popular tanah air Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel dikatakan telah aktif melakukan aktiviti kesukarelawanan!

Perkara tersebut dikongsi oleh salah seorang sukarelawan bernama Addina Ahmade menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Katanya, bantuan keperluan harian yang disumbangkan oleh Effy telah selamat diserahkan kepada warga Hospital Putrajaya.

“Terima kasih diucapkan kepada Nureffy Jesreel kerana sudi memberikan sumbangan kepada Hospital Putrajaya walaupun baru 4 hari habis pantang. Betapa gigihnya beliau turun dan turut serta untuk sama2 memberikan sumbangan,” tulisnya.

Tambahnya, sumbangan yang diberikan Effy dan rakan-rakannya amat bermakna dan diharapkan masih ramai lagi di luar sana yang sudi memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Sekali lagi, orang ramai diingatkan supaya bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Xtra careful guys!

Kredit: Instagram Nureffy Jesreel, Instagram Addina Ahmade

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Aug 2022
Featured Mon, 22 Aug 2022
Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Fazura Terpaksa Selektif Kerana?

Rasa tidak sabar untuk menonton filem Dendam Pontianak lakonan Fazura dan Remy Ishak yang akan ditayangkan pada 12 September nanti kerana sudah lama Fazura tidak berlakon di dalam mana-mana drama ataupun filem. Filem terakhirnya adalah […]

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Watch YB Syed Saddiq Have a Friendly Debate Against Form 4 Students

Who could actually argue with such a charismatic man though?

Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Hiburan Wed, 29 May 2024
error: Content is protected !!