Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 7, 2024 @ 2:50pm

Kes Dakwaan Rogol Mondy Tattoo Digugurkan, Tiada Pendakwaan Diambil Terhadap Ebit Lew – “Saman Tetap Jalan”

Peguam mewakili pendakwah bebas, Ebit Lew iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan tiada pendakwaan akan dibuat terhadap anak guamnya berhubung dakwaan pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo yang didakwa dirogol penceramah itu.

Difahamkan, siasatan polis terhadap kes tersebut telah selesai dan barang seperti telefon bimbit dan simkad juga telah dipulangkan.

“Polis selesai siasatan rogol yang didakwa Mondy terhadap Ebit baru-baru ini selepas laporan polis dibuat Mondy pada September 2023.

“Keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tidak meneruskan pendakwaan kerana tiada kes.

“Jadi Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes dan barang kes seperti telefon bimbit dan simkad dipulangkan semalam,” katanya.

Ebit Lew

Sementara itu, Akberdin turut menegaskan saman fitnah terhadap Mondy akan diteruskan ekoran dakwaan fitnah merogol telah mencemarkan nama anak guamnya.

“Kes saman fitnah terhadap Mondy diteruskan di Mahkamah Shah Alam dan kini di peringkat penilaian ganti rugi, mahkamah akan memberi kuantum pada 1 Julai nanti,” tambahnya lagi.

Menjengah ke Instagram Ebit Lew, pendakwah sensasi ini meluahkan rasa syukur apabila namanya bersih dan tidak terkait dengan pempengaruh berkenaan.

“Alhamdulillah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Jabatan Peguam Negara telah memutuskan kes tidak diteruskan (NFA) berkenaan tuduhan Mondy tatoo pada saya. InsyaAllah saman kepada mereka yang terlibat sedang berjalan,” katanya.

Ebit Lew

Terdahulu, Mondy membuat laporan polis berhubung mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seksual Ebit Lew pada Oktober 2013.

Ebit kemudian memfailkan saman fitnah terhadap Mondy pada tahun sama.

Artikel Berkaitan: Kes Ebit Lew: Saksi Dedah Pendakwah Buat Panggilan Video Dalam Keadaan Tak Berbaju

Artimel Berkaitan: Minta ‘Acah’ Solat Demi Content? Mondy Tattoo Timbulkan Dakwaan Mengenai Ebit Lew – “Dia Usap Tangan Saya Sebelum…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Sedar Diri Gagal Jadi Suami, Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi.. Syukur Bekas Isteri Temui Kebahagiaan

Syukur Bella Dally jumpa lelaki tepat, Nazim Othman akui gagal jadi suami

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Farid Kamil Pulang Ke Kampung, Kenapa?

Farid Kamil pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Sophia Fredskild Jatuh Cinta?

Sophia akhirnya menemui jejaka pilihan untuk selamanya…

Hiburan Sun, 14 Sep 2025

AIM 24: Sebak Bawa Pulang 4 Trofi… Air Mata, Jerih Perih Aina Abdul Terbayar

Aina Abdul ungguli AIM 24, bawa pulang 4 trofi utama

Trending Tue, 3 Apr 2018

大号一半门口突然爬进「陌生小孩」他认真问……

上厕所大概是每个人最无助的时候,毕竟裤子都脱了,你也很难做出反应。日前美国一位男子安德鲁(Andrew)在外上大号时,却遇到一个小男孩突然爬进来,让他吓了一跳,而对方天真的说……

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Trending Mon, 28 Sep 2020
Hiburan Tue, 29 Jul 2025
Featured Thu, 15 Sep 2022

Bekas Isteri DDNK Penat Tanggung Derita, Pilih Diam Bersebab – “Selesai Perbicaraan, Jumpa Di Mahkamah!”

Takkan mampu untuk tahan dan dipertahankan lagi episod duka sejarah hitam – Watie, Bekas Isteri DDNK

error: Content is protected !!