Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 6, 2019 @ 2:55pm

Sophia Fredskild Jatuh Cinta?

Tidak berputus asa dalam membuktikan minat mendalamnya terhadap dunia muzik, bintang yang semakin meningkat naik Sophia Fredskild kembali dengan sebuah lagi mahakarya bertajuk ‘Forever Mine’.

Lagu ini juga merupakan single Inggeris terbarunya dan telah dilancarkan pada 29 Mac 2019 lalu. Ia merupakan sambungan kepada lagunya yang terdahulu iaitu ‘Waiting For Love’ dan versi Melayu berjudul ‘Menanti Cinta’. ‘Forever Mine’ adalah lagu kedua dalam trilogi lagu-lagunya menceritakan kisah cinta seorang remaja.

Kali ini, kisahnya membawa kepada Sophia yang akhirnya menemui jejaka pilihannya untuk selama lamanya. Atas dasar itu lagu ini dinamakan ‘Forever Mine’. Ia mencoretkan detik dia bertentang mata dengan jejaka tersebut buat pertama kali dan perasaannya yang berasa malu serta gementar acap kali bersua kerana dia sudah sering mengimpikan kehadiran lelaki itu.

Video muzik lagu ini menterjemahkan mesej lagu dan menunjukkan Sophia dalam beberapa era berbeza sebagai simbol bahawa dia ingin bersama jejaka tersebut selamanya, di setiap tahun, abad dan era. Ia juga telah dirakam di berbagai lokasi termasuk sebuah salun rambut, sebuah taman dan beberapa babak di depan layer hijau untuk menggambarkan era-era yang berbeza.

Versi Bahasa Melayu lagu ini bertajuk ‘Cinta Selamanya’ dan akan dilancarkan sekitar Julai 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 15 Mar 2025

Tampil Berhijab, Ramai Puji Penampilan Tun Hasmah – “Ya Allah Hampir Tak Kenal”

Tun Siti Hasmah Mohd Ali mencuri perhatian apabila tampil memakai hijab ketika hadir pada sebauh acara baru-baru ini.

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

“Semoga Hati Kita Terus Terbuka, Diisi Dengan Keimanan,” – Sweet! Essam Muhammad Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati, Mizz Nina

Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta, Mizz Nina… Alahai sweetnya Essam ni 🥰🥰

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Kita Tegur Ikut Cara Mereka Menghormati Pelakon Senior” – Zamarul Hisham

Zamarul Hisham akui pelakon baru perlu belajar tentang adab

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Mia Ahmad Berdebar Tunggu September

Pelakon drama Hati Perempuan memberitahu suaminya, Mohd Izham Tarmizi turut berdepan debaran yang sama.

Hiburan Fri, 23 May 2025
Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Thu, 22 Aug 2024

Enggan Berpisah, Teman Lelaki Nekad Sebar Video L*cah Anak Vokalis Popular

Alahaiiiii, ni lah yang orang cakap-cakap kat X tu?👀💥

error: Content is protected !!