Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 7, 2023 @ 3:33pm

Jalani 10 Kali Pembedahan, Berat Badan Naz Rahman Susut 14 Kilogram – “Saya Akan Begini Sampai Bila-Bila…”

Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Naz Rahman mendedahkan berat badannya turun mendadak sebanyak 14 kilogram selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut iaitu gastroinstestinal tumor (GIST).

Menurutnya, pembedahan yang dilakukan pada empat tahun lalu itu mengurangkan 15 peratus saiz perutnya sekali sekali gus menyusutkan berat badan terutama di bulan Ramadan.

“Saya pernah ada tumor di dalam perut, dah lebih empat tahun keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus ‘kau hisap dadah ke?’. Tapi dari dulu sampai sekarang perut saya dah kurang 15 peratus.

“Apabila bulan puasa berat badan saya akan menjadi semakin sampaikan produksi pun banyak tanya sama ada saya sakit. Ya, memang betul saya sakit tapi insya-Allah masih boleh bekerja.

“Alhamdulillah, tumor itu dah berjaya dikeluarkan dan saya perlu menjalani check up setiap tahun. Setiap tahun apabila doktor dimaklumkan keadaan saya bebas dari tumor, saya bersyukur dapat kembali bekerja,” katanya.

Naz ditemui semasa majlis berbuka puasa dan pelancaran Rahsia Gaya Raya Watsons di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sangat ketara berat badannya susut apabila baju yang pernah dipakai ketika akad nikah 15 tahun lalu kini sudah longgar.

“Jujur saya katakan saya hilang 14 kilogram. Ini baju yang dipakai masa berkahwin, badan cukup fit tapi sekarang bahu pun dah jatuh. Semua dah susut dan saya tak boleh nak tambah berat badan.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk peminat yang tertanya kenapa kurus, minta maaf saya tak suka nak uar-uarkan tapi saya ini akan berpanjangan dan saya akan macam ni sampai bila-bila tapi akan terus ceria.

“Saya boleh makan macam biasa, saya bila buka puasa sikit saja. Saya kena makan lima kali sehari dengan portion yang kecil sahaja. Bayangkanlah masa bulan puasa, sahur makan sikit, buka puasa pun sikit,” ujarnya.

Tambah Naz, dia perlu bersemangat untuk terus hidup demi isteri, Sheahnee Iman Lee dan tiga cahaya matanya, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.

“Ini merupakan pembedahan saya ke sepuluh. Macam-macam dugaan dalam hidup ini, apa yang jadi ujian daripada Allah, tapi macam mana reaksi kita kepada cubaan itu yang penting.

“Saya ada pilihan, nak sedih, down, depress… memang patut, tapi demi anak-anak dan isteri saya, saya tak mahu.

“Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa, boleh merasa nikmat kehidupan dan saya masih nak lihat anak-anak membesar, jadi saya ambil keputusan untuk positif,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

Trending Mon, 15 Feb 2021

Armada BERSATU Puji Usaha Pemerkasaan TV Pendidikan

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan kewujudan saluran […]

Drama Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

“Go Ahead, Saya Tak AmbiL Berat Orang Cakap Apa Pun” Jawapan WIN Anzalna Buat Netizen Sentap?

Semoga Anzalna dan suami dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat. Aamin!

Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Featured Sun, 16 Feb 2025
error: Content is protected !!