Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2023 @ 7:30pm

“Semoga Hati Kita Terus Terbuka, Diisi Dengan Keimanan,” – Sweet! Essam Muhammad Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati, Mizz Nina

Umum sedia maklum, penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah selamat menjadi isteri kepada penyanyi rap kelahiran Amerika Syarikat (AS), Essam Muhammad.

Mizz Nina berkongsi perkara tersebut di Instagram pada malam Khamis telah meraih perhatian ramai yang teruja atas berita gembira tersebut.

Meninjau ke Instagram, Essam memuat naik foto yang diambil ketika majlis pernikahan mereka, namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyennya yang sangat mendalam kepada isteri tercintanya itu.

“Alhamdulilah, hidup ini indah bagi saya. Kata-kata sahaja tidak akan adil untuk menyatakan rasa syukur saya kepada Allah kerana mengurniakan saya wanita yang paling menakjubkan. Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Essam menitipkan ucapan istimewa kepada isteri tersayang yang berharap agar kasih sayang yang telah terjalin antara mereka akan berkekalan hingga ke Jannah.

“Semoga hati kita terus terbuka agar dapat diisi dengan keimanan dan membawa kita ke arah kedekatan. Semoga kita sentiasa menjadi penyejuk mata masing-masing.

“Semoga kasih sayang kita melangkaui kehidupan yang sementara ini agar jiwa kita dapat bersatu melepasi pintu syurga. Semoga kurniaan, bakat yang kita ceburi semata-mata menjadi khidmat kepada Umat kita agar kita dapat membawa dan meneruskan legasi Islam.

“Semoga kita sentiasa dapat mengenali tanda-tanda dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebagai alat untuk memastikan kita teguh di atas jalan ini,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

Janna turut memohon maaf atas ciapannya sebelum ini yang dikatakan menjadi punca perbalahan antara dirinya dan Aqish tercetus

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Mon, 12 Dec 2022
Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《比悲伤》刘以豪陈庭妮今旋风来马谢票!记下来啦~

《比悲伤更悲伤的故事》在大马「收割」650万令吉票房,剧组兑现承诺让「成全CP」刘以豪和陈庭妮来马亲自向观众谢票!

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Jessica Jung Akan Keluar Single Terbaru Oktober Ini!

Siapa peminat Jessica Jung kat sini?

error: Content is protected !!