Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 19, 2024 @ 2:20pm

“Teater ‘Di Sebalik Topeng’ Tak Ada Niat Nak Aibkan Sesiapa” – Fauziah Ahmad Daud

Hanya ingin menyentuh isu-isu semasa yang hangat dibincangkan di media sosial, pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud menegaskan dia tidak berniat untuk menjatuhkan maruah sesiapa melalui teater terbitannya yang bertajuk Di Sebalik Topeng.

Fauziah, atau lebih dikenali sebagai Ogy, menyatakan bahawa dia tidak kisah jika ada netizen yang cuba mensensasikan dialog atau jalan cerita dalam teater tersebut kerana karya yang dihasilkannya adalah cerminan kepada realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini.

“Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita.

“Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?

“Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya pada majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, malam tadi.

Menurut Ogy, dia berharap mesej yang disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif komen atau kritikan yang dilemparkan di media sosial.

“Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.

“Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

“Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” katanya.

Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP bakal menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.

Melalui sesi terapi kumpulan, wanita berkenaan tidak bersendirian, sebaliknya ditemani beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan bebanan hidup.

Di Sebalik Topeng menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan menyingkap kisah setiap watak yang penuh adegan rahsia.

Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami kesakitan emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.

“Masyarakat kita masih lagi canggung dan kurang faham kepentingan merawat masalah itu sendiri, dalam dialog monolog pembuka ada menyebut “aku sihat, aku tak sakit” dan itu sendiri menunjukkan dia sendiri tidak sedar dirinya perlu dirawat.

“Saya berharap teater ini juga dapat membantu masyarakat kita ini memahami kepentingan sistem sokongan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan emosi” katanya.

Sementara itu, pengarahnya Zainorhisyam Samudin berkata, dia berharap pementasan ini dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.

“Teater ini adalah sebuah experimental kepada situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita.

“Dalam teater ini kita persembahkan pelbagai latar kehidupan yang membawa kepada gangguan mental itu sendiri yang mana ada sosok narsisitik, penagih dadah, scammer, wanita yang melalui dugaan dihina dan dikecam, pemerdagangan manusia dan mangsa penderaan.

“Semua ini berlaku di sekeliling kita dan kita tekankan pada pengakhirannya kepentingan sistem sokongan dari semua pihak” katanya.

Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.

Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Jun 2026

Bawa Watak Perempuan Bisu, Umie Aida Puji Lakonan Mantap Aghniny Haque Dalam Khadam – “Energinya Konsisten Dalam Setiap Babak”

Kata Umie, dia berasa kagum terhadap setiap lakonan yang diberikan para pelakon yang terlibat dalam naskhah thriller ini.

Featured Sat, 22 Oct 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Puteri Balqis Akhirnya Buka Ruangan Komen, Ambil Peluang Kongsi Kata Semangat!

Terharunya min baca komen-komen peminat Aqishhh ❤️❤️❤️ Betullah Aqish jarang buka komen, bila ada peluang tu apa lagi kannn hehe sweet je semuaa!

Hiburan Sat, 22 Sep 2018
Trending Mon, 22 Aug 2022

“Muka Mommy Dia” – Genap Sebulan, Ayie Floor 88 Kongsi Wajah Puteri Sulung

Menyambut kelahiran puteri sulung pada bulan lalu, Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie dan isteri kini berkongsi wajah anak pertama selepas sebulan dilahirkan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, bayi sulung itu diberi nama Nayla Amanda Binti […]

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Cayalah! Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon ‘Pulang’ Gamat

Suasana menjadi lebih gamat apabila pengacara majlis, Haziq menjemput lima orang peminat naik ke pentas dan melakonkan beberapa babak yang ada di dalam filem Pulang. Kelakar habis!

Featured Sun, 17 Apr 2022
Trending Wed, 21 Nov 2018

Nekad Tinggalkan Dunia Gelap, Ketua Gangster Ini Mati Ditembak Selepas…

Nedim mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulannya dan menyertai program pemulihan selepas mengetahui isterinya mengandung.

error: Content is protected !!