Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2025 @ 3:27pm

Sedar Diri Gagal Jadi Suami, Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi.. Syukur Bekas Isteri Temui Kebahagiaan

Pelakon, Nazim Othman mengakui dirinya telah gagal menjadi seorang suami sekali gus telah bernekad untuk tidak lagi mendirikan rumah tangga.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 41, menjelaskan dia enggan menyakiti hati mana-mana wanita lain dan rela hidup bersendirian.

Bagaimanapun, Nazim meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, aktres Bella Dally dipertemukan dengan seorang lelaki tepat.

“Dalam realiti saya gagal menjadi seorang suami. Tetapi, saya sangat bersyukur Allah telah kurniakan bekas isteri lelaki yang tepat.

“Adakah saya pertimbangkan untuk berkahwin lagi? Tidak.

“Sebagai seorang lelaki yang tidak sempurna dan penuh kekurangan, saya dapat pelajaran berharga bukan sahaja melalui pengalaman sendiri tetapi juga daripada hubungan pasangan lain. Saya lebih rela hidup sendiri daripada menyakiti jiwa orang lain,” katanya.

Imbas kembali, Nazim pernah berkahwin bersama Bella pada 10 September 2016, namun mereka sah bercerai pada Mei 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Oct 2022
Trending Tue, 7 Apr 2020

Lebih 4 Juta Pekerja Dapat Manfaat Dalam Pakej Prihatin Tambahan PKS!

Alhamdulillah, sama-sama kita manfaatkan dengan sebaiknya.

Trending Tue, 24 Apr 2018

Cedera Terkena Bom, Askar Jadi Penerima Pertama Pemindahan Zakar

Pesakit berkenaan memberitahu, kecederaan yang dialaminya itu sangat mengejutkan dan sukar diterima.

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Jom Intip Waktu Tidur Selebriti Terkenal Hollywood

Bagaimana pula dengan rutin bintang terkenal Hollywood? Memiliki rumah besar dan cukup selesa pastinya membuatkan mereka suka menghabiskan masa di kamar tidur. Ye ke?

error: Content is protected !!