Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 29, 2025 @ 3:59pm

[VIDEO] Farid Kamil, Diana Danielle Setahun Tak Ada Komunikasi – “Masa Bergerak Pantas… Tiada Berpatah Balik”

“Tiada istilah ‘move on’… cuma saya semakin matang dan tenang,”

Demikian luahan jujur pelakon dan pengarah tersohor, Farid Kamil yang kini lebih selesa memberi tumpuan kepada diri dan kerjaya seni selepas hampir setahun bergelar duda.

Mengulas soal hubungan dengan bekas isteri, Diana Danielle, Farid mengakui mereka sudah tidak lagi berkomunikasi secara langsung sejak sekian lama, namun tetap menjalankan tanggungjawab bersama membesarkan dua cahaya mata mereka, Muhammad dan Aurora.

“Saya tak tahu nak komen, tapi saya ada lagu ‘telah ku cuba untuk berikan bunga’. Itu saja. Kami berdua membesarkan anak-anak dengan baik, itu matlamat kami.

“Kami tiada komunikasi sudah hampir setahun. Semua dah terjawab hampir setahun.

“Anak saya pun dah sama tinggi dengan David Teo, perubahan masa itu lebih pantas dan tiada berpatah balik,” katanya.

Dalam pada itu, Farid juga menegaskan tiada masalah komunikasi antara dia dan anak-anak kerana mereka mempunyai telefon sendiri.

“Zaman sekarang budak-budak dah ada telefon sendiri. Muhammad dan Aurora ada telefon mereka masing-masing. Jadi tiada masalah komunikasi cuma dalam dunia dan masa yang berbeza,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dirinya sudah ‘move on’, pelakon filem Anak Jantan itu berkata dia kini lebih matang dan tenang dalam menghadapi kehidupan.

“No moving on but I am growing older and wiser.

“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang dan bahagia kerana saya memberi tumpuan kepada diri sendiri,” katanya ringkas.

Sebelum ini, bekas isteri Farid, pelakon dan penyanyi Diana Danielle mengakui melalui salah satu fasa paling gelap dalam hidupnya apabila perkahwinan yang dibina akhirnya tidak lagi selari dengan perjalanan hidup mereka berdua.

Sekadar info, Diana dan bekas suaminya, Farid Kamil sah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023, selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan selebriti itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, selepas Diana memfailkan permohonan cerai pada Mac 2023 atas alasan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Sebelum perceraian dimuktamadkan, mereka pernah beberapa kali hadir ke mahkamah untuk proses sulh (perbincangan damai), namun tidak mencapai kata sepakat.

Perkahwinan mereka berlangsung pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perceraian Bukan Titik Terendah Dalam Hidup Saya” – Diana Danielle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Lagu Raya Tak Perlu Terlalu Kreatif!” – Noraniza Idris Puji Lagu Shiha Zikir, Tak Kisah Dilabel Tak Relevan

Menurut Noraniza, lagu raya tidak seharusnya terlalu mengejar trend muzik semasa

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 22 Nov 2022

“Kalau Gelak Macam Tu, Dah Tahu Siapa…” – Gelagat Anzalna Nasir & Kakak Buat Netizen Terhibur

Pasti ramai yang mengetahui pelakon jelita Anzalna Nasir merupakan seorang yang sangat akrab dengan adik beradiknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Anzalna di laman TikToknya, sehingga meraih tumpuan netizen. Menerusi hantaran […]

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua Ibadah Haji Tahun Ini Ditangguhkan Kepada Tahun Hadapan- Menteri Agama

Buat yang bakal menunaikan haji pada tahun ini..

Trending Sat, 6 Oct 2018

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen. Sabar ya semua!

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Muatnaik Gambar ‘Anu’, Apa Motif Zahirah Mcwilson Hack Instagram Zul Ariffin?

Namun, selepas sahaja pelbagai spekulasi mengenai penyebaran gambar tersebut, kini timbul pula kontroversi mengenai siapakah dalang disebalik penularan gambar tersebut baru-baru ini. 

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Produce X 101 Independent Trainee Signs with Woollim Entertainment

So, are we expecting for a new boy group from Woollim?

Trending Wed, 17 Jun 2020

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Korang jangan lupa dapatkan juga k!

Trending Sun, 13 Jun 2021

Rapper Muda Singapura Jalin Kolaborasi Dengan SonaOne

Menggunakan gelaran nama YHB Sleepsalot, anak muda kelahiran Singapura ini bersedia untuk menggegarkan dunia muzik masa kini. Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang […]

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

error: Content is protected !!