Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 3, 2025 @ 12:56pm

Mudborn Kuasai Pawagam Malaysia, Catat Rekod Baharu Untuk Filem Mandarin 2025

Filem seram-thriller Taiwan, Mudborn yang diarahkan Shieh Meng-Ju mencetuskan sensasi sejak mula dipertontonkan di Malaysia pada 27 November.

Dalam masa yang singkat, karya ini berjaya meraih lebih RM10 juta di Taiwan dan sekali gus memecah rekod kutipan tertinggi bagi filem seram berbahasa Mandarin di negara ini sepanjang 2025.

Kejayaan besar itu turut mengukuhkan kedudukan Mudborn sebagai antara filem seram Cina paling mencuri perhatian tahun ini, sekali lagi membuktikan genre seram mempunyai peminat yang kukuh dalam kalangan penonton tempatan.

Filem ini diinspirasikan daripada lagu kanak-kanak terkenal “Ni Wa Wa, Ni Wa Wa, Yi Ge Ni Wa Wa…” (Anak Patung Tanah Liat). Walaupun melodinya kedengaran ceria, liriknya sebenarnya membawa maksud gelap dan menakutkan apabila didengar semula sebagai orang dewasa. Antara barisan lirik yang sering disebut ialah: ‘Matanya kaku, mulutnya diam, dia bukan patung seperti yang disangka…’

Kisah Mudborn berpusat pada watak Hsu-Chuan, seorang pereka permainan VR yang menjumpai anak patung tanah liat pecah di sebuah rumah tinggal berhantu lalu membawanya pulang.

Isterinya, Muhua yang sedang hamil dan bekerja sebagai konservator artifak, semakin taksub mahu membaiki patung itu tanpa sedar setiap sentuhan menghidupkan sesuatu yang lebih gelap.

Sejak patung itu berada di rumah mereka, pelbagai gangguan pelik mula berlaku. Dari bunyi bisikan yang halus hinggalah perubahan tingkah laku Muhua, ketegangan dalam rumah tangga pasangan itu semakin memuncak dan mengheret penonton menyelami rasa takut yang mereka alami.

Dalam situasi yang makin menghimpit, Hsu-Chuan mendapatkan bantuan seorang bomoh serta psikik bernama Ah-Sheng. Ah-Sheng kemudian membuka rahsia mengenai sumpahan tanah liat yang menghantui patung tersebut, termasuk tragedi lama dan dendam yang tidak pernah terpadam, sekali gus menambah ketegangan naratif filem ini.

Barisan pelakon yang menghidupkan cerita ini turut terdiri daripada nama-nama hebat seperti pemenang Anugerah Golden Horse, Yang Yo-Ning, serta bintang Hong Kong Cecilia Choi, Derek Chang, Puff Kuo dan Joanne Tseng.

Mudborn menawarkan gabungan menarik antara elemen VR, mistik tradisional, sumpahan purba dan gangguan supernatural. Perpaduan antara dunia moden dan kepercayaan lama menjadikan filem ini mempunyai identiti seram tersendiri, bukan sekadar mengejutkan penonton tetapi juga membuat mereka terus memikirkan maksud di sebalik setiap babak.

Sebagai karya Taiwan, filem ini membawa warna budaya Asia Timur yang jarang diketengahkan dalam filem arus perdana. Reka bentuk visual yang teliti, bunyi yang menegangkan serta sinematografi yang kemas menjadikan pengalaman menontonnya lebih mendalam.

Dengan kutipan melebihi RM10 juta, MUDBORN menunjukkan bahawa filem seram Mandarin mampu berdiri sama tinggi dengan filem tempatan, termasuk kejayaan naskhah Malaysia seperti Malam Terlarang yang turut mencatat prestasi cemerlang sebelum ini.

Mudborn bukan saja menampilkan elemen seram, tetapi juga menyampaikan kisah tentang obsesi, rapuhnya hubungan manusia dan ketakutan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat.

Filem ini kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, siap memberikan pengalaman ngeri yang mengusik perasaan dan meninggalkan memori yang sukar dilupakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Mizie Kamis Tampil Dengan ‘Sampai Bila’

Lagu baru dari Mizie Kamis! 😍

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Ustaz Komen Status Anak Hasil Hubungan Terlarang Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’, Netizen Persoal ‘Bin’ Siapa?

Isu ‘bin’ anak jadi panas dalam Khianat Yang Terpilih, ramai mula persoal hukum sebenar… Ini jawapan Ustaz!

Hiburan Sat, 19 Jul 2025

[VIDEO] Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000, Agensi Umrah & Haji Didakwa ‘Lesap’

Aaron Aziz gesa syarikat selesaikan hutang, bakal lantik peguam

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Grandma Panggil Dia Budak Turki” – Umur Bayi Cecah 3 Bulan, Anzalna Dedah Tengok Drama Turki Ketika Mengandung

Umum mengetahui, pelakon cantik, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Mei lalu. Harini, bayi lelaki yang diberi nama Mohamad Emirhan Mohamad Hanif itu sudah mencecah usia 3 bulan. Menerusi hantaran di laman […]

Program TV Tue, 30 Nov 2021

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara. Peserta berusia 11 tahun yang […]

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

《八度空间嘉年华》强势回归!923一起过中秋

暌违5年《八度空间嘉年华》强势回归!配合即将来临的中秋节,八度空间再度齐聚旗下艺人和主持人,于9月23日(星期日),上午10时正至晚上10时正,在布城IOI City Mall和全马观众一起共庆佳节。

error: Content is protected !!