Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 1, 2024 @ 2:38pm

“Jangan Malukan Mak, Hidup Mak Dah Akhir-Akhir” – Bonda Rozita Kecewa, Minta Aliff Syukri Jangan Buat Lagu Raya Lagi

Ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan anaknya itu yang memuat naik klip video lagu raya yang menjelekkan baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Rozita mempersoalkan tindakan Aliff yang melancarkan lagu raya tersebut ketika 10 malam terakhir Ramadan.

“Jangan hinakan diri untuk sebuah konten. Apa ada dengan lagu raya. Dia haram tetap haram, sudah-sudah lah tu.

“10 malam terakhir kejar Lailatur Qadr kamu lancarkan video lagu bodoh tak berakhlak.

“Mana malu? Mana letak maruah? Ambil peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat Kri (Syukri),” tulisnya.

Tambah Rozita, dia meminta anaknya itu untuk memadam video lagu raya yang dimuat naik di IG tempoh hari.

“Maaf mak tegur terbuka. Mak tak kuat Kri dah. Orang cakap mak tak didik anak. Nak ke jadi orang kaya tapi miskin jiwa dan sensitiviti.

“Semua orang tak suka tengok. Jangan jadi orang yang nama Islam tapi tak cerminkan akhlak Islam. Delete semua video tu.

“Jangan malukan mak Kri, delete lagu tu, mak tegur secara terbuka. Kalau kamu sayang mak delete, hentikan selamanya jangan ada lagi lagu raya.

“Hidup mak dah akhir-akhir Kri, sangat tak bahagia begini, ramadan Kri, hormatilah bulan mulia,” luahnya.

Akui malu dengan tindakan anak lelakinya itu, Rozita juga berharap perkara tersebut tidak berulang demi menjaga kesucian agama Islam.

“Kalau ini cara Kri , di dunia lagi mak sakit dengan hinaan orang pada mak.

“Kri bukan anak tak baik, sangat baik dengan mak tapi dengan Allah Kri kena usaha lebih buat kebaikan.

“Kasihani mak, mak rayu sebagai mak berhentilah dari berbuat begini rosak akhlak dan agama. Jaga adab kita, mak baru tengok tadi. Mak malu tolong delete Kri,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila usahawan kosmetik itu memuat naik video klip lagu raya Love Raya yang memaparkan sekumpulan lelaki menari dengan aksi yang menjengkelkan.

Aliff juga pernah terpalit dengan kontroversi sama apabila muncul dengan video lagu raya nyanyiannya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang didakwa menghina agama Islam menerusi lagu Kelepok Raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 10 Oct 2019
Featured Sat, 28 Feb 2026

Adira Suhaimi Pertaruh Luka Hati Dalam ‘Sayang Orang Sama’

Penyanyi, Adira Suhaimi kini tampil dengan single terbaharu berjudul, ‘Sayang Orang Sama’ yang menyentuh sisi emosi tentang cinta, penerimaan dan keberanian untuk merelakan.

Hiburan Wed, 6 Nov 2024
Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya […]

Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Trending Fri, 17 Jul 2020
Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Zaman sekarang, perempuan memang suka ambik suami orang kan?

error: Content is protected !!