Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 13, 2025 @ 9:36pm

Pikul Tanggungjawab Besar, Chloe Lim Mahu Beri Komitmen Sepenuhnya Untuk Miss Universe 2025 di Thailand

Menewaskan 15 wanita jelita lain di pentas Miss Universe Malaysia 2025 malam tadi, perunding pengurusan, Chloe Lim Sue Lyn mahu memberikan komitmen tidak berbelah bahagi untuk pertandingan Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung di Thailand.

Berbaki kurang dua bulan sebelum Miss Universe 2025 yang bakal diadakan November ini, Chloe sedar tanggungjawab yang dipikul amat besar selepas pencapaian Sandra Lim tahun lalu yang berjaya menempatkan Malaysia dalam Top 30 Miss Universe 2024 di Mexico, sekali gus mengakhiri penantian lebih 50 tahun.

“Dalam tempoh dua bulan ini, saya mahu melengkapkan diri dengan sebaik mungkin. Banyak aspek perlu diperkasakan untuk menghadapi pentas dunia.

“Saya mahu memberikan komitmen sepenuhnya dari segi fizikal, mental dan emosi supaya dapat mengangkat nama Malaysia,” katanya.

Dalam pertandingan yang diadakan malam tadi, tempat naib juara menjadi milik penasihat perniagaan, Priyaa Simmi, 30, manakala model dan pempengaruh, Jen Li, 28, di tempat ketiga.

Malam Gala Akhir Miss Universe Malaysia 2025 dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Datin Seri Livonia Ricky Guing, Pengerusi Miss Universe Malaysia Organization (MUMO); Charissa Chong, Pengarah Nasional MUMO; dan Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024.

Panel juri yang diberi tanggungjawab untuk memilih para pemenang terdiri daripada Datin Seri Livonia Ricky Guing, Marlene Lim, bekas ratu cantik dan perunding pertandingan ratu; Siti Rahayu Baharin, aktivis hak kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit; Dr. Jillian Heng, Pengasas Bersama Bright Clinic; Fenti Riana, Ketua Projek Khas Boost Juice Bars Malaysia; dan Ashlee Ng, Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal Malaysia dan Singapura.

Dalam pada itu, Chloe menyifatkan kemenangan itu bukan sekadar tuah, sebaliknya sebuah impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing, namun dia memilih untuk tampil seadanya sepanjang pertandingan.

“Saya hanya menjadi diri sendiri sepanjang perjalanan ini. Semua finalis tampil dengan kekuatan mereka sendiri dan saya sangat menghormati itu. Malam ini mungkin rezeki berpihak kepada saya. Saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik selepas ini,” katanya.

Turut bersaing dalam edisi 2025 ialah Bhadrani Nagendran, Chloe Chin, Elaine Cheah, Elina Cheah, Joey Leng, Kavita Sanglish, Keerthanaah Parthipan, Malveen Kaur, Priscilla Yap, Priyanka Sockanathan, Dr Ranmeet Jassal, Tan Su Jie dan Valenice Tiong.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Tahniah! Zizie Ezette Hamil Lagi

steri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, hari ini.

Featured Sat, 2 Apr 2022

“25 Tahun Saya Rehearsal Momen Ni” – Alif Satar & The Locos Sebak Berkolaborasi Semula Bersama Raihan, Sampai Terpaksa..

Alif Satar mengakui hanya ada dua selebriti yang membuat dia gementar iaitu Siti Nurhaliza & Raihan 🤩

Trending Thu, 14 Apr 2022

“Aku Sampai Jadi Bersalah Sebab…” – Khairul Aming Tegur Kerenah Netizen Twitter Jadi ‘Batu Api’ Melaga-Lagakan Content Creator Masakan

KhairulAming tegur kerenah netizen yang suka jadi batu api melaga-lagakan content creator lain.

Hiburan Sat, 25 Apr 2026
Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

“Tapi Semua Itu Hanya Tinggal Kenangan”- Ifa Raziah redha

Mak dah tiada lagi di dunia ini. Hanya doa dan restu Mak yang masih tersemat di ingatan Ipah ini sampai bila-bila..

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Jin Lim Shares What It’s Like Running JinnyboyTV as a Father

“Recently, I just released a film about children and that’s what I think, as a father, is having a kid in these days.”

Hiburan Sat, 25 Nov 2023
error: Content is protected !!