Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 26, 2025 @ 1:41pm

Anzalna Syukur Allah ‘Kejut’ Tunai Solat Tahajjud Tanpa Perlu Guna ‘Alarm’ – “Bukan Kebetulan, Tapi Jemputan-Nya…”

Pelakon jelita, Anzalna Nasir berkongsi pengalaman peribadi yang cukup menyentuh hati apabila mengakui sering terjaga di tengah malam untuk menunaikan solat Tahajjud tanpa bantuan jam loceng.

Menurut Anzalna, perkara itu bukan satu kebetulan sebaliknya tanda kasih sayang Allah SWT yang memanggilnya untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

“Saya jauh daripada sempurna. Tapi entah bagaimana, Allah selalu bangunkan saya untuk solat Tahajud tanpa jam loceng. Itu bukan kebetulan, tapi jemputan daripada-Nya untuk saya bercakap dengan Dia.

“Hati saya rasa sebak dengan rasa syukur. Walaupun saya banyak kekurangan, Dia tetap mengizinkan saya hadir di hadapan-Nya pada saat paling sunyi di malam hari. Besarnya rahmat dan kasih sayang daripada Yang Maha Pengasih,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengikut yang turut meluahkan rasa kagum serta mendoakan agar Anzalna terus kekal istiqamah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Panggilan ‘Kau Aku’ Dengan Suami, Syatilla Melvin Jawab Kritikan Netizen

Sebagai isteri saya tahu menjaga batas. Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’, itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

Featured Thu, 13 Apr 2023

Shila Amzah Nafi Isteri Baharu Bapa Kawan Baik – “Dia Lebih Rapat Dengan Mak Berbanding Saya”

Alamak… individu didakwa isteri baru ND Lala lebih rapat dengan mak

Featured Mon, 25 Aug 2025
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Hafiz Suip Terkandas Di Jepun Akibat Taufan Trami

Semoga perjalanan Hafiz Suip dan keluarga dipermudahkan dan dilindungi!

Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rakam Dalam Versi Orkestra, Bintang Remaja Popular Indonesia Farel Prayoga Nyanyi Semula Lagu ‘Lemak Manis’

Penyanyi remaja Indonesia, Farel Prayoga menyanyikan semula lagu Lemak Manis… Sedap versi orkestra ni!

Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

error: Content is protected !!