Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 22, 2018 @ 2:17pm

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Tempoh reman suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya Rabu lepas disambung sehari lagi sehingga esok.

Perintah sambung reman terhadap warga Libya berumur 23 itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam di sini, Isnin.

Lelaki itu merupakan pemandu kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terlibat dengan kes tersebut.

Peguam yang mewakili lelaki itu, Jeremy Vinesh Anthony berkata tiga lagi rakan suspek yang sebelum ini direman bersama anak guamnya dibebaskan.

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Seorang lelaki warga Yaman berusia 22 tahun yang turut dibawa ke mahkamah hari ini tidak dipohon untuk disambung reman, katanya.

Dalam kes langgar lari itu, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia pada Khamis selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. -Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Nov 2021

“I Miss You Mummy…” – Pertama Kali Bercuti Tanpa Ibu, Luahan Hati Anak Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Luahan hati anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah, Dzakira Talita Zahra atau Dekta, 8, mengundang sebak warganet. Dekta meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya menerusi nota yang ditulis di atas sekeping kertas. Perkara ini didedahkan […]

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Trending Fri, 5 Jul 2019

Adam Temui Ajal Digilis Bas Sekolah, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Wan Mohammed Adam maut akibat terjatuh dari bas, siapa yang harus dipersalahkan?

Hiburan Tue, 25 Apr 2023

Kembali Free Hair? Intan Sarafina Tayang Rambut Di Instagram

Lama tak dengar khabar Intan Sarafina.

Trending Mon, 4 Jan 2021
Kisah Viral Sun, 26 Apr 2020
Featured Mon, 17 Oct 2022
error: Content is protected !!