Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Attiqah Mohd April 26, 2020 @ 3:17pm

“Cuma Nak Menangis Pada Allah. Rasa Penat Sangat”- Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Sedih, Buat Netizen Tersentuh

Umum mengetahui, sejak bermulanya bulan Ramadan ini penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew semakin giat meneruskan usaha dakwahnya dan menyalurkan bantuan keperluan buat golongan yang memerlukan di sekitar kampung.

Namun begitu, nama Ustaz Ebit Lew dipalit dengan kontroversi kerana kisah beliau yang membantu keluarga Pak Aq di Kedah yang hidup dalam serba kedaifan.

Gara-gara isu yang ditimbulkan oleh seorang ustaz menghentam tindakan Ustaz Ebit Lew menerusi sebuah video dan melabelkan tindakan Ustaz Ebit Lew sebagai ‘membuka aib orang miskin’. Ustaz Ebit Lew tampil di laman Facebook beliau dan meluahkan rasa sedih dan penat dengan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurut Ustaz Ebit, dia berasa kesal dengan apa yang berlaku. Malah, beliau turut dipanggil ke balai polis dan berdepan dengan soalan daripada pihak berkuasa.

Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran…

Posted by Ebit Lew on Friday, April 24, 2020

Dengan penuh rasa rendah hati, Ustaz Ebit Lew memberitahu bahawa beliau hanya seorang Cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

“Allah nak uji ustaz. Sabarlah Ustaz”

Ramai yang bersimpati dan tersentuh hati dengan perkongsian tersebut. Bukan sahaja golongan muslim malah mereka yang bukan Islam juga turut memberikan semangat dan menyokong kebaikan yang dilakukan Ustaz Ebit Lew.

Malah, ada yang mengatakan sekiranya individu itu berbaik sangka mereka tidak akan memandangt tindakan Ustaz Ebit Lew sebagai riak atau ujub, sebaliknya tindakan Ustaz Ebit akan turut membuka hati orang lain untuk melakukan kebaikan yang sama.

‘Orang yang pernah melalui susah lebih faham keadaan orang lain yang susah’


Sesungguhnya, setiap perkara kebaikan yang kita lakukan akan dinilai walaupun sebesar zarah. Walaupun Ustaz Ebit Lew tidak berada di pihak yang salah, beliau tetap merendah diri memohon maaf kepada semua pihak. Semoga Ustaz Ebit Lew terus kental berjuang menghulurkan bantuan buat golongan asnaf dan daif.

Buat individu yang bersikap iri hati, di Bulan Ramadan ini seharusnya kita lebih ‘bijak’ muhasabah diri sendiri dan memperbaiki kesalahan. Bukan bersikap busuk hati, menunding jari dan melemparkan fitnah kepada mereka yang melakukan kebaikan.

Kredit: Facebook Ustaz Ebit Lew

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025

Alif Satar Terharu Keffiyeh Jadi Simbolik Solidariti Di Luar Negara

Alif Satar berkongsi berita gembira dan rasa terharu apabila melihat sokongan yang diberikan penduduk dibeberapa negara Eropah terhadap isu Palestin.

Trending Tue, 7 Apr 2020

Jangan Ambil Mudah! Covid-19 Mampu Berjangkit Sehingga Generasi Ke-5

Kurangkan berada ditempat atau perhimpunan besar-besaran

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Fri, 8 Nov 2024

Tular Foto Aprena Manrose Didakwa ‘Free Hair’, Ini Respons Iwan Sebagai Bapa

Aprena Manrose buka tudung, ini respons Iwan sebagai bapa

Featured Thu, 11 Jun 2026

Siti Khadijah Ulas Babak Berkemban Dalam Filem Khadam, Produksi Siap Tempah Kardigan Khas – “Kami Mahu Nampak Realisitik”

Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan mengenai adegan berkemban dalam filem seram thriller terbaharunya, Khadam.

Trending Fri, 27 Sep 2019

Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan..

Hanya kerana lambat seminit dan bukannya disengajakan

Trending Sun, 27 Dec 2020
Featured Fri, 3 Mar 2023

Puteri Sarah Tiada Niat Jadi ‘Batu Api’ – “Saya Cuma Beritahu Cara Hadap Orang Ketiga”

Laaaa, ada pulak yang marah, yang jadi cacing kepanasan❤️‍🔥

error: Content is protected !!