Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 27, 2024 @ 11:20am

Nafi Tarik Semula Kes, Aliff Aziz Perjelas Konflik Bersama Sarah Yasmine Selesai Melalui ‘Final Court Order’ – “Harap Tak Ada Yang Memanipulasikan Fakta”

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz tampil memberi penjelasan berhubung perintah mahkamah yang diusulkan terhadap wanita mengakui kekasih gelapnya, Sarah Yasmine.

Aliff dalam satu kenyataan di Instagram miliknya memaklumkan mahkamah Singapura telah memutuskan ‘final court order’ terhadap pihak sebelah sana.

“Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa memang kes ini telah selesai tetapi ianya selesai dengan mahkamah memutuskan ‘final court order’ terhadap pihak sana.

“Ini bermakna bahawa perintah mahkamah awal yang telah diberikan berdasarkan permohonan saya akhirnya telah disahkan.

“Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya sama sekali tidak benar,” katanya.

Aliff Aziz

Sebelum ini, Sarah memaklumkan konflik antara pihaknya dan aktor tersebut telah selesai secara baik.

Menerusi muat naik di IG, Sarah menjelaskan kes tersebut telah selesai apabila mereka mencapai kata sepakat.

Pada 29 April lalu, Sarah diperintah oleh mahkamah Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan aktor itu.

Artikel Berkaitan: Bebas Perintah Mahkamah, Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berdamai – “Kami Selesai Secara Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025
Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Trending Thu, 10 May 2018

极似黑武士披风! IKEA「暗黑雨衣」来了

IKEA身为家具龙头,近期疯狂与众多潮流品牌推出联名商品,如Off-White、STAMPD等,除了家具IKEA也推出联名服饰,全新的尝试令人耳目一新。

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah!

Hiburan Sun, 19 Jan 2020
Trending Wed, 18 Nov 2020
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
error: Content is protected !!