Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 2, 2024 @ 6:57pm

Raikan Perjalanan Kasih Sayang Sejati Dalam Rumah Tangga, Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’

Sirap Limau dengan sukacitanya memperkenalkan kempen ‘Masam Masam Manis’, sebuah inisiatif kempen penuh makna, yang berlangsung dari 1 Disember 2024 hingga 14 Januari 2025.
Kempen ini bertujuan untuk meraikan realiti sebenar dunia perkahwinan melalui kisah-kisah yang menggambarkan pelbagai warna cinta, serta mencerminkan cabaran dan kebahagiaan dalam setiap perjalanan pasangan.

Melalui penceritaan yang mendalam, kandungan yang menarik, dan penglibatan pembaca, kempen ini bakal mengajak pasangan suami isteri untuk menghargai dan menerima kelebihan atau kekurangan, suka mahupun duka dan menghargai perjalanan mereka bersama.

Kempen Masam Masam Manis dibahagikan kepada empat tema utama yang menggambarkan fasa berbeza dalam perkahwinan, iaitu Sehati Sejiwa, Gelora Perkahwinan, Kemuncak Cinta, dan Kembali Terjalin. Setiap tema memberi penekanan kepada pelbagai peringkat hubungan perkahwinan dan keindahan dalam menghadapinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sirap Limau (@mysiraplimau)

Nurul Halifah, Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau, menjelaskan bahawa tujuan utama kempen ini adalah untuk menghapuskan mitos mengenai ‘perkahwinan sempurna’ dan memperkenalkan naratif yang lebih original serta meraikan kekuatan cinta sepanjang perjalanan hidup bersama.

“Kami menyediakan ruang khas di laman web kempen untuk orang ramai berkongsi cerita perkahwinan mereka secara anonymous. Kisah-kisah yang dikongsikan akan menjadi sumber inspirasi bagi kandungan media sosial, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Anis Amirah, Pengurus Kempen, turut berkongsi mengenai peluang menarik untuk peserta memenangi hadiah mingguan bernilai lebih RM500 melalui cabaran foto. Peraduan ini bertujuan untuk merayakan cinta, dan menggalakkan pasangan untuk berkongsi detik bahagia mereka di Facebook bersama kapsyen penuh bermakna serta menggunakan tanda pagar (hashtag) #MasamMasamManis dan #TulisKisahHati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sirap Limau (@mysiraplimau)

“Kami juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi seperti tilljannah.my dan Andorra Women’s & Children Hospital untuk menyediakan kandungan yang relevan dan memberi impak bermakna serta meluas kepada semua,” kata Anis.

Kempen Masam Masam Manis akan menutup tirai dengan sebuah program bual bicara pada 8 Januari 2025, yang bakal dihoskan oleh juruhebah radio popular, Muaz Mohamed. Program ini akan menampilkan dua tetamu istimewa: Sufia Johari, seorang pencipta kandungan media sosial yang terkenal, dan Haji Hushim, seorang penceramah motivasi yang pakar dalam kaunseling keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sirap Limau (@mysiraplimau)

Bertemakan “Alam Perkahwinan Di Zaman Digital”, program ini akan membincangkan bagaimana media sosial dan teknologi mempengaruhi hubungan perkahwinan moden serta memberi panduan praktikal untuk pasangan dalam membina hubungan yang lebih kukuh di era digital ini.

Kempen Masam Masam Manis adalah ruang untuk pasangan, keluarga, dan individu menyelami keindahan serta cabaran dalam hubungan perkahwinan. Kami menjemput anda untuk turut serta berkongsi pengalaman perjalanan cinta yang penuh liku dalam mahligai perkahwinan.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://siraplimau.com/masammasammanis dan ikuti Sirap Limau di media sosial @siraplimau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 May 2025

Sarah Hildebrand Kini Hamil, Hidup Bahagia Di Sisi Suami Mat Salleh

Sarah Hildebrand kini hamil anak pertama, bahagia hidup di Amerika Syarikat

Drama Wed, 27 Sep 2023

Tawaran Istimewa ‘Tonton Wonton’ Khas Buat Pencinta Kandungan Filem Menarik Cina

Siapa suka tengok filem Cina? Langgan Tonton Wonton now 🥰

Featured Mon, 14 Jul 2025

Didakwa Sebar Fitnah, Scammer Bakal Saman Abby Abadi – “Bermimpi Ke Mereka Ni?”

LOD itu dihantar atas alasan fitnah dan jejaskan reputasi scammer

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

“Nampak Je Keras Tapi…” -Emelda Rosmila Tunjuk Perangai Adlin Yang Orang Tak Tahu

Teringat masa Adlin jadi juri tetap Akademi Fantasia! Teguran tegas tapi membina!

Featured Tue, 11 Oct 2022
Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Sebaknya! Caprice Bantu Bakal Atlet Negara Dari Keluarga Miskin Raih Perhatian, Siap Buat ‘Surprise’ Tan Boon Heong Lagi!

Min pun sebak, moga Caprice dan keluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki💖

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Filem WIRA Penutup Filem Aksi Terbaik Tahun 2019!

Sejauh manakah kebenaran filem WIRA merupakan filem terbaik 2019?

error: Content is protected !!