Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 8, 2019 @ 11:01pm

Risau Dilabel Riak, Aaron Aziz Tegur Isteri, Anak-Anak

Meskipun memberi kelonggaran kepada anak-anak untuk menggunakan media sosial, pelakon Aaron Aziz mengaku sentiasa memantau aktiviti tiga anaknya.

Kata Aaron ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju raya 2019 bersama Duta Jakel baru-baru, dia sentiasa mengingatkan anak-anak agar tidak membalas komen yang berbaur negatif.

“ Saya selalu berpesan kepada mereka agar tidak membalas segala komen yang menyakitkan hati. Dua cara sahaja yang saya pesan ketika berdepan dengan netizen yang suka menghentam, block atau abaikan komen tersebut.

“ Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan perbalahan kecil di media sosial, isu jadi besar pula. Lebih baik jangan layan daripada membalas komen sebegitu,” katanya kepada XTRA.

Ketiga-tiga anaknya, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13 dan Dahlia Arissa, 9, memiliki akaun instagram sendiri.

Dalam masa sama, pelakon filem Operasi X ini turut berpesan kepada isteri, Diyana Halik agar sentiasa berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang gambar di Instagram.

“ Isteri suka muatnaik gambar tetapi setiap kali saya nampak ada gambar bag tangan berjenama di dalam gambar, saya akan berpesan seeloknya tidak berkongsi kerana bimbang dilabel riak.

“ Orang bersifat iri hati sentiasa wujud di sekeliling tanpa kita sedar. Jadi lebih baik saya dan keluarga elak sebelum dikata menunjuk di laman sosial,” katanya yang lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi termasuk aktiviti amal dilakukannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Majlis Sanding Niena Baharun Dipuji Peminat

“Macam Pengantin Diraja” – Majlis Sanding Niena Baharun Dipuji Peminat

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Tue, 29 Jul 2025
Events Fri, 28 Feb 2025

Kes B*nuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Terlepas Hukuman G*ntung Sampai M*ti, Kekal Jalani Penjara 18 Tahun

Mahkamah mendapati elemen kecederaan yang menyebabkan kematian mangsa tidak dapat dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Sam Smith Putus Cinta Dengan ‘Kekasih’

Akui Sam, dia sudah putus cinta dengan pasangan sejenis, pelakon siri 13 Reasons Why, Brandon Flynn.

error: Content is protected !!