Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2024 @ 4:39pm

Aliff Aziz Buat Comeback? Netizen Titip Kata Semangat, Minta Jangan Ulang Kesilapan – “Alhamdulillah, Terus Maju & Jadi Lebih Baik”

Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mencuri perhatian selepas tampil dengan hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi hantaran berkenaan, Aliff kelihatan sedang membuat persembahan pada Majlis Narco Night Tribute yang dianjurkan oleh  Jabatan Narkotik IPK Kuala Lumpur.

“Terima kasih kepada Jabatan Narkotik IPK Kuala Lumpur kerana mengundang saya untuk meriahkan majlis Narco Night Tribute. Thank you for welcoming me dan semoga semua terhibur,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Aliff dan berharap agar ‘comeback’nya kali ini tidak disia-siakan dengan isu kontroversinya lagi.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan peminat mendoakan agar pelantun lagu Sayang Sayang itu dipermudahkan urusan.

Terdahulu, ayah kepada dua cahaya mata itu dilihat seringkali memuat naik hantaran di Instagram Stories miliknya ketika berada di gimnasium.

Selain itu, Aliff sebelum ini pernah memaklumkan kepada media bahawa dia kini dalam tempoh berehat termasuklah menghabiskan masa bersama keluarga sebelum memutuskan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Fuh, siapa pernah ada pengalaman bercinta dengan lelaki panas baran? Serammm, hati hati buat wanita di luar sana

Hiburan Thu, 30 Jan 2020
FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Sat, 23 Dec 2017

One Nation Emcees, Mimi Fly Katanya Sudah Bercerai

Sah sudah bercerai bak kata tuan punya badan One Nation Emcees, Mimi Fly

Hiburan Wed, 13 Nov 2019
Featured Sat, 14 Feb 2026

“Pihak Sana Pun Dah Ada Pasangan, Biarlah Saya Bawa Diri” – Mesej ‘Romantik’ Kembali Tular, Muaz Zabir Tenang Hadap Kontroversi 

Sebelah sana kedua-dua belah sana pun dah ada haluan masing-masing, dah ada pasangan masing-masing. So biarlah saya membawa diri” – Muaz Zabir

error: Content is protected !!