Euforia Bola 2026
FESYEN By: SGMS Faida April 9, 2018 @ 2:41am

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Waktu merubah segalanya! Bila trend sudah tak boleh diterima, sudah tiba masanya syarikat terpaksa menutup perniagaan sedia ada daripada terus berdepan kerugian.

Selepas syarikat permainan antarabangsa Toys R Us gulung tikar akibat trend semasa, kini sebuah lagi syarikat terkenal mengikut jejak langkah sama.

Jenama kasut antarabangsa Nine West Holdings Inc. akhirnya memutuskan untuk memfailkan kemuflisan!

Syarikat berkenaan juga merancang menjual sebahagian asetnya serta beberapa bahagian dalam syarikat selepas sekian lama menanggung pelbagai hutang yang dianggarkan berjumlah AS$1.5 billion.

Hal ini memaksa syarikat menamatkan penjualan jenama kasut mereka. Tetapi ini tidak bermaknan pengeluaran pakaian di bawah jenama mereka juga tutup tau!

Tumpuan bakal diberikan terhadap perniagaan pakaian serta aksesori termasuklah jenama Anne Klein, Kasper Group dan One Jeanswear Groupz

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Ini kerana wanita masa kini lebih tertarik membeli kasut sneakers. Lebih selesa dan boleh digayakan kan?

Nine West yang dipegang oleh sebuah firma ekuiti persendirian, Sycamore Capital, bakal menjual Nine West serta satu lagi jenama kasut dan beg tangan dipanggil Bandolino kepada Authentic Brands Group -merupakan sebuah syarikat yang banyak menguruskan jenama fesyen terkemuka seperti Neil Lane, Frye, Aeropostale dan Juicu Couture.

“Ini adalah langkah tepat unntuk meningkatkan kembali kegemilangan dua jenama berkenaan,” jelas Ralph Schupani, Ketua Pegawai Eksekutif Nine West Holdings dalam sebuah kenyataan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Blue Tick punya pasal, hubungan UNIC- Caprice dingin?

Caprice menafikan hal itu dan memberitahu ada 999 mesej lain yang masih belum dibuka.

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Thu, 15 May 2025
Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

error: Content is protected !!