Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 17, 2023 @ 4:00pm

Bakal Muncul Di Studio Sembang, Aedy Ashraf Buat Peminat Teruja – “I’ll Be There Soon”

Pelakon Aedy Ashraf tampil membuat peminatnya teruja selepas mengumumkan dirinya bakal terlibat dalam segmen podcast yang dikendalikan oleh aktres jelita Amelia Henderson, Studio Sembang.

Sebelum ini, ramai yang meminta Amelia menjemput aktor tersebut untuk membuat sesi podcast bersama tatkala rancangan yang dikendalikannya itu semakin meraih maklum balas yang positif.

Menerusi video yang tular di TikTok, Aedy mengumumkan perkara tersebut ketika membuat live dan menyatakan dia akan muncul dalam rancangan itu berkemungkinan sebelum atau selepas raya.

“Cerita kat Studio Sembang. Insya-Allah, soon la soon. Mungkin after raya ke bulan puasa ke. But I’ll be there la. I’ll be there soon. Nanti kita masuk Studio Sembang okay. Nanti kita buat live TikTok nanti dalam tu eh,” katanya.

@luvchaaa4 ‘Renjana aedy ada ke ? ADAAA’ #aedyashraf #renjanaaedy #aedyamelia #ameliahenderson #fypシ゚viral #fypage #foryoupage #tiktoklive #studiosembang ♬ original sound – cutieangelica

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya teruja ingin melihat dua pelakon itu bersemuka kembali.

Sebelum ini, Aedy pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Amelia selepas melamar aktres itu di hadapan orang ramai di sebuah festival, tahun lalu.

Namun, hubungan itu dikhabarkan terputus ditengah jalan selepas kedua-dua pelakon itu memuat naik ciapan berbaur sedih dan kecewa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Masih Trauma, Tapi Kalau Ada Rezeki Kami Tak Tolak” – Ayda Jebat Terbuka Tambah Zuriat

Ayda berkata dia dan suami sudah mendapatkan pandangan pakar perubatan

Hiburan Wed, 4 Oct 2023
#LaguXTRA Thu, 18 May 2023

#LaguXTRA: Sedang Melalui Fasa Putus Cinta, Ahirine Ahirudin Suka ‘Vibes’ Rock Klasik

It’s okay jangan sesedih Ahirine! Layan betul lagu favorite dia ni

Featured Wed, 1 Feb 2023
Trending Wed, 16 Oct 2019

19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak!

Untuk anak tercinta kerana Dah Tahu Nak ‘Pergi’,

error: Content is protected !!