Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 1, 2024 @ 11:07am

Tampilkan Bakat Seni & Budaya Tempatan, DFP Seni Festival 2024 Kembali Lagi!

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan DFP Seni Festival 2024, sebuah extravaganza muzik dan persembahan seni yang akan berlangsung sepanjang tiga bulan. Ini merupakan platform unik yang akan mempersembahkan bakat anak seni tempatan dan wadah budaya yang menarik dari kumpulan kesenian dan orkestra terkenal.

Ini merupakan kali keenam DFP mengadakan acara sebesar magnitud ini dengan matlamat untuk menjadi pentas legasi tradisional dan warisan Malaysia untuk dipersembahkan kepada dunia. Sebelum ini, DFP telah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan budaya dan artis untuk memelihara, menyemai dan mempromosi kepelbagaian seni budaya.

Ketua Pegawai Eksekutif DFP, Hassina Begam Abdul Gani berkata, “Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, DFP kekal komited pada objektif artistiknya untuk memberi hanya yang terbaik melalui persembahan ramai artis-artis tersohor. Festival tahun ini ialah sebuah testimoni komitmen kami untuk menyemai appresiasi terhadap legasi budaya kita seperti muzik tradisional dan seni, menyediakan platform untuk persembahan ini memberi inspirasi kepada semua peringkat masyarakat.

Festival ini akan dimulakan dengan konsert Jit Sin High School’s Chinese Orchestra pada Sabtu, 20 Julai 2024 jam 8.30 malam. Bertemakan Dialogue of the Songs of Chu, konsert ini akan mempersembahkan muzik orkestra Cina dengan gabungan hebat erhu dan cello yang menampilkan bakat Tan Rou Yee dan Lim Sing Yee. Orkestra ini telah menggondol pelbagai anugerah di dalam dan luar negara sepanjang 50 tahun penubuhannya.

Kemudian, peminat seni akan dihiburkan dengan sebuah persembahan teater tradisional Mek Mulung pada Sabtu, 27 Julai 2024 jam 8.30 malam. Bertemakan DFP Muzikal: Mek Mulung Putera Cahaya Bulan, persembahan teater yang berusia 500 tahun ini adalah kolaborasi DFP dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa (gabungan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah atau ‘AKRAB’, dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus). Teater ini akan menampilkan aktor Arja Lee selaku watak utama dalam sebuah kisah cinta penuh tragedi.

Festival bakal diteruskan dengan sebuah persembahan teater tradisional Minangkabau dinamakan ‘Randai’ pada Sabtu, 10 Ogos 2024 jam 8.30 malam. Penonton akan dihiburkan dengan sebuah persembahan bertemakan DFP Muzikal: Randai Mudo Pak Belalang di mana seni silat dan tarian bergabung. Teater tradisional dari Negeri Sembilan ini akan mempamerkan gabungan kekayaan budaya dan tarian bertenaga oleh kanak-kanak berbakat yang dilatih oleh Pewara Dance Theater, sebuah kumpulan alumni dan kakitangan ASWARA (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan).

Festival ini akan diakhiri dengan kemeriahan aktiviti seni yang akan berlangsung di lobi DFP pada Sabtu, 7 September 2024 dan Ahad, 8 September 2024 dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai kumpulan kesenian akan menyajikan persembahan unik mereka untuk menyemarakkan festival kali ini agar keraian muzik dan seni ini dapat dinikmati oleh orang ramai. Layari laman web www.dfp.com.my untuk maklumat lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Thu, 4 Apr 2019

Anak Ketiga Tak Banyak Ragam, Nadiya Nisaa Tak Perlu ‘Helper’

Tahniah Nad & suami, comel sungguh Aminah Rose!

Featured Mon, 21 Apr 2025

[VIDEO] “Sejuk Perut Ibu Mengandung”- ‘Belanja’ Surah Al-Fatihah, Netizen Komen Bacaan Amir Ahnaf Merdu

Pelakon popular, Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas sepotong bideo pendek tular di platform TikTok.

Hiburan Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Tak Sabar Bawa Si Pipi Merah Beraya – Siti Nurhaliza

Pastinya sambutan aidilfitri kali ini buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat istimewa sekali

Hiburan Thu, 1 Feb 2024
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Kongsi Jantina Anak? Nanti Dulu…

Saya sukakan kejutan. Kalau sebelum ini saya memberi kejutan kepada ahli keluarga ketika mengumumkan berita hamil, jadi untuk soal jantina, saya akan lakukan yang sama…

Featured Tue, 6 Dec 2022

Aksi Dua Jejaka Genggam Tangan Di Masjidil Haram Raih Perhatian – “Bila Takut Terpisah Dengan Sahabat”

Pempengaruh, Kimi Keon dan sahabatnya Zafir Karipap tular di media sosial kerana aksi mereka berpegangan tangan semasa mengerjakan ibadah Umrah. @kimikeonjadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat ya Allah 🥹❤️ ♬ bunyi asal – a.jamil85 […]

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Sumpah Saya Tak Ingat’- Radhi OAG Lupa Frasa Cerai

“Saya berharap dia jujur kepada mahkamah kerana proses ini sangat rumit. Malah, saya juga terikat dengan komitmen kerja,” kata Ayu.

error: Content is protected !!