Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2026 @ 3:49pm

“Masih Trauma, Tapi Kalau Ada Rezeki Kami Tak Tolak” – Ayda Jebat Terbuka Tambah Zuriat

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menambah cahaya mata, meskipun masih berdepan trauma daripada pengalaman kehamilan terdahulu.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, berkata dia dan suami sudah mendapatkan pandangan pakar perubatan dan dimaklumkan tiada halangan untuknya hamil lagi.

“Bagi saya, perkara ini sangat subjektif. Saya berserah kepada Allah SWT. Kalau ada rezeki, kami terima dengan hati terbuka.

“Sebenarnya kami ada perancangan dan sudah bertanya doktor. Kata doktor, saya masih muda dan sepanjang kehamilan sebelum ini tiada komplikasi serius,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Temberang itu mengakui masih trauma, khususnya selepas berdepan insiden luka pembedahan yang terbuka ketika kehamilan lalu.

“Buat masa ini saya memilih untuk berehat kerana masih trauma. Tapi siapa tahu, mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi saya sudah bersedia.

“Anak pertama dan kedua tiada masalah, tetapi pengalaman kehamilan anak ketiga agak mencabar. Namun, setiap anak itu adalah rezeki,” katanya.

Ayda berkata demikian ketika ditemui pada program Melodi Glam Raya Runway anjuran TV3 di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), baru-baru ini.

Dalam masa sama, Ayda yang juga isteri kepada pengacara Nabil Mahir berkata dia memahami situasi setiap pasangan dalam menentukan soal zuriat.

“Saya faham, ada pasangan yang bergelar pejuang garis satu, ada juga pejuang garis dua. Masing-masing ada cabaran dan faktor tersendiri.

“Jadi, kita hormati pilihan setiap pasangan,” katanya.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen serta Anggun Mikayla yang dilahirkan pada 26 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Trending Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Featured Fri, 21 Oct 2022

[VIDEO] Personaliti Raih Pujian Ramai, Peminat Terharu Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser – “Boleh Jadi Menteri Kebajikan”

Siapa potong bawang ni? Mata min berair pula tengok Fazura layan pesakit kanser 🥺🥺 #lotsoflove

Featured Wed, 4 Aug 2021

Pandelela Layak Ke Pusingan Separuh Akhir Tokyo Olimpik, Menanti Debaran Akhir Esok

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila layak menduduki tempat ke-18 pada saingan kelayakan pusingan separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik yang berlangsung sebentar tadi. Pandelela […]

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta […]

Hiburan Fri, 24 May 2024
error: Content is protected !!