Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 5, 2025 @ 3:39pm

Seminggu ‘Overthinking’ Menjelang Tayangan Perdana, Arfie Shah Gementar Nantikan Impak Maksima 2

Menyertai sekuel filem Impak Maksima 2 sebagai pelakon utama nyata memberi tekanan tersendiri buat pelakon baharu berbakat, Arfie Shah.

Menurut bintang drama bersiri Nuh dan Nayla ini, emosinya sedikit terganggu menjelang tayangan perdana filem tersebut dan ia terjadi selama seminggu.

Luah pemilik nama sebenar Ad Wafri Shaharuddin, 32, itu, dia sukar mengawal rasa risau dan bimbang mengenai penerimaan penonton terhadap lakonannya, meskipun cuba menyembunyikan perasaan itu daripada pengetahuan orang sekeliling.

“Seminggu sebelum tayangan perdana filem ini, saya sudah rasa sangat gementar. Setiap hari asyik fikirkan filem ini, tetapi tidak tunjukkan kepada orang lain. Saya seorang yang ‘overthinking’ dan asyik berfikir.

“Sejujurnya, sejak awal terima tawaran pun saya rasa ia satu cabaran besar. Satu tekanan sebagai pelakon baru dan bukan mudah untuk digalas. Lagipun membawa watak utama, harapan orang pasti tinggi,”
katanya kepada XTRA.

Arfie ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Impak Maksima 2 yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem arahan sutradara profilik Dr Ahmad Idham yang pernah mencipta fenomena pada tahun 2007 kini kembali dengan kesinambungan cerita selepas 18 tahun.

Lega selepas menonton hasil akhir filem terbabit, Arfie berharap ia dapat mengajak peminat filem pertama serta menarik hati peminat baharu untuk menyaksikan Impak Maksima 2 di pawagam.

“Selepas filem ini selesai disunting, ini merupakan kali pertama saya menonton produk akhir. Sejujurnya, saya rasa sedikit lega dan ia mengurangkan rasa tekanan yang saya fikirkan sejak seminggu lalu.

“Filem pertama sukses dan sudah 18 tahun ditayangkan. Untuk membawa filem ini ke 18 tahun akan datang, bukan satu perkara mudah. Namun selepas menonton saya yakin pengarah berjaya membawa kembali sentuhan tersendiri yang pernah dibuat sebelum ini.

“Namun dalam hidup ini semuanya bergantung kepada rezeki. Saya hanya mampu berdoa agar ia mendapat sambutan baik penonton. Semoga peminat filem pertama dapat hadir menyokong Impak Maksima 2 dan saya juga berharap ia dapat menarik peminat baharu,” katanya lagi.


Selain Arfie, Impak Maksima 2 turut menampilkan barisan pelakon seperti Nelissa Nizam, Datuk Seri Eizlan Yusof, Zul Huzaimy, Dynas Mokhtar, Fad Bocey, Muhsin Nadzli dan ramai lagi. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 Julai 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

Hiburan Fri, 27 Dec 2024
Featured Thu, 15 Jun 2023
Featured Wed, 24 Mar 2021

RM 52. 48 Bilion i-Sinar Diluluskan – Tengku Zafrul

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan setakat 12 Mac, 2021 berbanding RM18.58 billion dan 5.18 […]

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Hasrat Tak Kesampaian, Shukri Yahya Reda…

Sabar ya…Insha Allah ada rezeki di masa akan datang. Amin!

Hiburan Sun, 29 Jun 2025
Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila goyah?

Moga khabar angin ini tidak betul dan rumahtangga pasangan selebriti ini baik baik sahaja ya

error: Content is protected !!