Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 12, 2023 @ 10:07am

Koleksi Fesyen Inspirasi Kaum Mah Meri Dikecam… Anuar Faizal Beri Penjelasan, Bukan Mahu Jadi Perosak Budaya

Pereka fesyen terkenal, Anuar Faizal tampil menjelaskan inspirasi sebenar koleksi baharunya, Mah Meri x Anuar Faizal x Keretapi Sarong selepas menerima kecaman segelintir warganet baru-brau ini.

Anuar berkata, inspirasi koleksi baharunya diambil daripada budaya kaum Orang Asli itu sendiri yang telah diiktiraf UNESCO selain mahu memartabatkan kaum Mah Meri yang semakin terpinggir dan hidup dalam keadaan kekurangan.

Jelasnya, pertunjukkan fesyen yang dihadiri ramai pempengaruh itu juga sekali gus dapat membuka mata pelbagai pihak tentang kewujudan kaum pribumi tersebut selain dapat menyebar ilmu dan informasi.

“Sebagai penggiat seni, ini sangat penting untuk mengangkat kesedaran sivik masyarakat tempatan supaya budaya dan kraf Mah Meri dapat dikenal kembali dan tidak pupus ditelan zaman.

“Mungkin segelintir merasa sensitif apabila sesuatu budaya itu diberi suntikan fesyen. Mereka harus akui bahawa usaha seperti ini adalah penting untuk menjana ekonomi mereka dalam arus permodenan.

“Budaya yang semakin pupus itu diberi nafas baharu tanpa melanggar sebarang pantang larang. Orang Asli sulit untuk mendapatkan akses ke peradaban yang lebih maju bahkan mereka juga kurang menikmati teknologi yang ada saat ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Anuar dalam pada masa yang sama berharap pertunjukkan fesyen ini dapat membuka mata tentang nilai seni budaya Mah Meri dan dapat membantu mereka untuk menjana ekonomi.

“Sebagai seniman kita harus membuat sesuatu yang boleh mengangkat harkat dan martabat saudara kita sendiri di samping memberikanpengetahuan tentang seni dan budaya. Lebih-lebih yang luar biasa dan jarang dilihat serta diketahui masyarakat moden.

“Saya juga ingin membantu ekonomi mereka dengan mempamerkan produk buatan Orang Asli dengan sentuhan komersil di atas pertunjukkan fesyen yang besar supaya dikenali masyarakat kita dan dunia antarabangsa,” katanya.

Bercakap tentang pertunjukan fesyen sempena CIMB Artober itu, pereka sensasi itu berkata, pihak penganjur termasuk pereka yang terlibat mempunyai misi dan objektif jangka panjang untuk memastikan perpaduan kaum, kelestarian seni dan budaya mampu berdaya saing dan terpelihara.

“Idea koleksi telah lama dibuat oleh saya dan Mah Meri semenjak tahun 2021 di mana kami telah berkolaborasi mencipta adi busana berasaskan mengkuang untuk sebuah acara gabungan tiga badan korporat CIMB, Cendana dan Yayasan Hasanah.

“Rekaan itu juga turut dipamerkan di pentas antarabangsa di Vietnam. Ini adalah minggu fesyen kami yang keempat dan kami yang keenam.

“Insya-Allah, minggu fesyen raya bakal menjelma kurang dari tiga bulan sahaja. Bertarikh 29 Februari sehingga 3 Mac 2024,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Fattah Amin, Amira Othman Selamat Timang Anak Lelaki, Pilih Nama Muhammad Jarir Umar

Fattah turut menitipkan doa buat cahaya matanya itu agar menjadi anak soleh.

Trending Wed, 23 Oct 2019

Forget Meatballs! Salted Egg Chicken Wings are Coming Through in IKEA Malaysia Starting Today!

IKEA is the place that oddly succeed in selling both food and furniture under the same roof. Truthfully, they are quite a peculiar combination, but apparently IKEA has done it flawlessly!  via GIPHY Mainly concentrating […]

Trending Mon, 18 Jan 2021
Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Featured Mon, 16 Jan 2023

Fasa Pertama ‘Konsert Journey To The Future’ Shila Amzah Jelajah 6 Lokasi

Wowwww! Bestnyaaaa! Korang berjaya beli tiket tak pagi tadi? 💃

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
error: Content is protected !!