Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 25, 2019 @ 4:32pm

Hasrat Tak Kesampaian, Shukri Yahya Reda…

Pelakon Syukri Yahya mendedahkan isterinya, Tya Adnan mengalami keguguran pada April lalu.

Pelakon berusia 31 tahun itu memberitahu dia reda dengan khabar duka itu dan menganggap belum ada rezeki untuk menimang anak kedua.

“Tya disahkan hamil pada Mac lalu. Namun saya tidak mahu berkongsi kepada umum.

“Pada fikiran saya, biarlah orang ramai tahu sendiri atau jika ada yang tanya,”katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Shukri mengaku jika ada rezeki selepas ini dia mengimpikan anak lelaki memandangkan sudah mempunyai anak perempuan.

“Insya-Allah… Saya pasti rezeki ada pada masa hadapan. Dikurniakan anak sulung perempuan, saya teringin anak lelaki untuk melengkapkan keluarga kecil saya,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

rumah siapa next?

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on

Dalam masa sama, dia tidak akan berputus asa untuk menambah zuriat.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan seorang puteri, Aaira Ameena yang berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 24 Jul 2019

Pilihan Salah Buat Syamel Tergamam?

Jadi jangan lupa saksikan temu janji korang pada Ahad ini, di TV3 dalam #ICSYVMY

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

’ Tak Suka, Tak Ada Masalah…Tapi Jangan HINA’, Syura Bengang Single Baru Diperlekeh?

Tulis penyanyi berusia 32 tahun ini di Instagramnya, dia boleh menerima teguran khalayak asalkan ia tidak bersifat menghina.

error: Content is protected !!