Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 10, 2024 @ 3:10pm

Konsert Jilid Rockestra Ella : Rockers Juga Manusia Memukau! Lagu ‘Mendung Tak Bererti Hujan’ Ada Maksud Istimewa

Konsert Jilid Rockestra Ella : Rockers Juga Manusia ternyata memukau dengan persembahan dan susunan lagu-lagu hits nya yang sentiasa malar segar.

Mendendangkan sebanyak 32 buah lagu sepanjang konsert berlangsung selama tiga jam, Ella masih menggungguli takhta Ratu Rock negara kerana berjaya membuatkan seramai  3,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert di Plenary Hall, KLCC terbuai emosi sambil bernyanyi bersama penyanyi itu.

Memulakan konsert dengan lagu hit, Dua Insan Bercinta yang dipetik dari album EP (An Extended Play) yang dilancarkan sekitar tahun 1993, Ella membuktikan bahawa persembahan vokalnya masih berbisa.

Selain lagu tersebut, Ella juga membawakan lagu-lagunya seperti, Gemilang, Nuri, Pengemis Cinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Sembilu, Standing In The Eyes Of The World, Sujud, Lagenda 25, Itulah Saya, Ala Amerika, Bayangan, Pedih, Retak, Puisi Hamba, Peace Love Rindu, Bendera Damai, Layar Impian dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Sebelum menutup tirai, Ella tampil dengan persembahan istimewa apabila membawakan tiga buah lagu keroncong berjudul Jauh Di Mata, Sayang Di Sayang dan Keroncong Kemayoran duet bersama Haziq Rosebi.

Lagu ‘Mendung Tak Bererti Hujan’ ada signifikan istimewa

Mengulas lanjut, Ella ketika ditemui usai Konsert Jilid Rockestra memaklumkan, pemilihan lagu ‘Mendung Tak Bererti Hujan’ mempunyai signifikan yang istimewa terhadap dirinya dan suami.

Katanya, itu adalah lagu ketika mereka masih dalam fasa bercinta kemudian putus tanpa khabar berita dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

“Mahu tak ada? Sebelum berkahwin. Kami bercinta tetapi putus, bercinta tetapi berpisah dalam ‘silence’. Saya tak tahu kat mana dia, dia tak cari saya, tak call.

“Ada satu masa saya rasa tak ada harapan untuk bersama dengan dia (kapten Azhar). Sebenarnya saya hancur, sangat ‘down’.. tapi saya teruskan perjalanan hidup saya.

“Saya tak sangka Allah itu Maha Kaya, kita dipertemukan semula,” ulasnya.

Ketika disoal siapakah yang memulakan langkah untuk menyelamatkan hubungan mereka, Ella atau nama penuhnya Nor Zila Haji Aminuddin, 58, berkata, kedua-duanya mencari antara satu sama lain.

“Kami berdua mencari satu sama lain. Semasa fasa ‘ghosting’ itu dia ada telefon saya sebelum tunai Umrah, nak doakan saya. Masa tu sebulan saya tak tidur malam, makan tak kenyang, mandi tak basah,” katanya.

Manakala, suaminya Azhar Husaini Ghazali atau lebih dikenali sebagai Kapten Azhar menjelaskan, fasa ‘ghosting’tersebut berlangsung selama 9 tahun  iaitu ketika dia masih berumur 21 tahun sehinggalah 30 tahun.

“Saya bercinta dengan Ella semasa saya berusia 21 tahun dan pada ketika itu kami merasakan hubungan itu satu mustahil.

“Tapi cinta itu terlalu kuat tak dipisahkan oleh umur dan jarak. Kami terus berkawan untuk mengenali satu sama lain dan akhirnya pada tahun yang ke-9, selepas melalui pelbagai dugaan dan rintangan keluarga, rakan-rakan dan sebagainya… kami bersatu,” jelasnya.

Sekadar info, konsert yang dibawakan khas oleh Hitman Solutions dan RockQueen itu juga bakal diadakan di Singapura pada 12 Oktober 2024 bertempat di The Star Theatre.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Events Wed, 7 Feb 2024

Rezeki Jual Bundle, Bukti Neo Mampu Tepis Kata Hinaan… Kini Tampil Dengan Single ‘Oh Ibu’

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak ada siapa yang tahu kan…. Moga terus berjaya Neo!❤️😍

Featured Wed, 30 Apr 2025

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi Dalam Bru! Drama Komedi Baharu Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton

Shukri Yahaya, kembali menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Demi Kesihatan Mental, Mimi Lana ‘Berehat’ Daripada Aplikasi Threads

Mimi turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

Hun Haqeem Terkejut David Teo Bongkar Kes Saman Langgar Kontrak MIG… Akui Tak Simpan Dendam

Semoga dipermudah segala urusan Hun nak selesaikan kes saman

Featured Tue, 7 Feb 2023
Fab Foodies! Fri, 6 Apr 2018

Rendang Ayam Disuruh Goreng Rangup? Chef Wan Selar Juri MasterChef UK

Sementera itu, Zaleha menerusi laman Instagramnya mengaku terkilan dan kecewa kerana tersingkir namun dia tetap yakin dan mempertahankan caranya memasak! Bagus, semangat itu yang kita perlukan.

error: Content is protected !!