Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 7, 2024 @ 5:54pm

Rezeki Jual Bundle, Bukti Neo Mampu Tepis Kata Hinaan… Kini Tampil Dengan Single ‘Oh Ibu’

Penyanyi cilik berasal dari Sabah, Neo, mengaku bakatnya dalam menyanyikan lagu rap mula dicungkil ketika ibunya memuat naik hantaran di laman sosial media miliknya sewaktu dia sedang menjual pakaian terpakai atau bundle.

Menurutnya, pada ketika itu sambutan terhadap jualan bundle yang diusahakan keluarganya semakin mendapat sambutan, apatah lagi dia memang berhasrat untuk membantu menaik taraf kehidupannya sekeluarga.

“Pada ketika itu saya sedang menjual secara live sambil menyanyi rap dan kemudian ibu saya rakam.

“Kemudian ibu saya post dilaman sosial Tiktok miliknya dan alhamdulillah mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

“Dan dari situlah puan Aisyah ternampak video saya dan kemudian dia tertarik dan mengajak saya untuk menandatangani kontrak bersama LY Music Factory,” katanya.

Walaupun baru berusia 12 tahun dan masih baru dalam industri muzik tanah air,  Neo bagaimanapun menyifatkan pelajaran amat penting dalam kehidupannya.

“Saya rasa dalam kehidupan ni semua orang perlukan pengetahuan dan pembelajaran yang terbaik. Jadi, saya sendiri tidak akan berada disini (bidang muzik) sekiranya saya tidak mempunyai pelajaran.

“Dan pastinya, saya juga memasang niat untuk melanjutkan pelajaran sehinggalah ke menara gading,”ulasnya.

Neo berkongsi mengenai perkara itu ketika majlis Media Gathering yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai lagu rap terbaharunya berjudul Oh Ibu, Neo berkata, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar kisah hidupnya.

Kongsi Neo,  dia dan ibunya pernah dicaci ketika aktif melakukan jualan bundle menerusi sesi live di TikTok.

Justeru, pada ketika itu ibunya tidak pernah patah semangat, malah sentiasa memberikan kata-kata positif kepadanya.

“Penulis mengambil masa untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang sebenar mengenai perjuanagn ibu dan anak daam kehidupan seharian

“Malah, melodi dan lirik lagu ini disesuaikan agar dapat melontarkan lagi perasaan dan menterjemahkannya melalui persembahan vokal yang rap yang beremosi.

“Dan sebagai penyanyi baru, saya cuba memberikan yang  terbaik walaupun ini adalah pertama kali saya berkerjasama dengan LY Music Factory,” jelasnya.

Sekadar info, muzik video Oh Ibu turut memaparkan kedua ibu bapanya memandangkan lagu ini ditujukan khas buat mereka.

Oh Ibu juga kini boleh didengari disemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer dan Youtube Music pada 2 Februari 2024. Manakala, muzik video telah mula ditayangkan secara eksklusif di Youtube rasmi Universal Music Malaysia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Izuan Fitri Semakin Baik, Ibu Pula Bimbang Andai Dijemput Illahi Terlebih Dahulu

Semoga Kak Nor tabah serta Izuan diberi kesembuhan segera, Amin 🤲🏻

Featured Tue, 7 Mar 2023
Events Wed, 21 Mar 2018

Newest Recreational Landmark Opens in KL and Responses are Overwhelming!

A new hot spot for family outings has opened up in Kuala Lumpur.

Featured Tue, 22 Feb 2022
Featured Sat, 16 Oct 2021

Menghayati Perjuangan Kisah Nabi Muhammad SAW Menerusi Teater Muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, sebuah drama muzikal arahan Erma Fatima akan membawa penonton menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar islam di muka bumi. Teater muzikal islamik ini merupakan pementesan teater […]

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Isteri Faisal Halim Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Mummy Yakin Nanti Kita Akan Jumpa”

Isteri Faisal Halim, Syazwani beri bayangan dah lama tak jumpa anak

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Potret Keluarga Aliff Aziz Raih Tumpuan, Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah ‘Ditutup’?

ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahi meraih tumpuan ramai selepas didakwa ‘menutup’ wajah bekas menantunya, Bella Astillah. 

error: Content is protected !!