Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 8, 2023 @ 3:27pm

Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam, Kempen Janji Berbaloi 149 Di ST Rosyam Mart Raih Sambutan Hangat!

Sempena bulan Ramadan ini, TV9 telah melancarkan kempen Janji Berbaloi 149 yang telah berlangsung di ST Rosyam Mart, Sungai Buloh pada hari ini.

Tawaran istimewa yang bernilai serendah RM1.49 itu bermula pada jam 11.00 pagi dan hanya sah untuk digunakan pada hari ini sahaja.

Bukan itu sahaja, kempen itu juga turut mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan pengunjung yang sudah mula beratur di perkarangan tersebut seawal jam 8.30 pagi untuk mendapatkan kupon.

Pek yang menyediakan barangan keperluan dapur dengan nilai hampir RM60 itu telah disediakan untuk 250 orang sahaja sekali gus laris terjual dalam masa satu jam sahaja.

Menurut Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman menyatakan pihaknya amat berbesar hati untuk meringankan beban penonton dengan menawarkan harga serendah RM1.49 untuk barangan dapur.

“Ini adalah salah satu tanggungjawab serta inisiatif sosial bagi kami di TV9 dalam menyantuni penonton TV9 melalui kempen Janji Berbaloi 149.

“Pada tahun lepas, kami telah menjual ayam serendah harga RM1.49, dan pada tahun ini dengan keadaan ekonomi semasa yang menghadapi kenaikan harga barang, kami ingin menjual 13 jenis barangan asas dapur yang berlainan dan harga keseluruhan barang-barang tersebut hanyalah RM1.49 sahaja.

“Semoga dengan usaha ini dapat meringankan beban penonton untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Rosyam Nor selaku wakil ST Rosyam Mart turut menyatakan rasa terujanya kerana masih terpilih untuk berkolaborasi bersama TV9 untuk menjayakan kempen ini lagi, pada hari ini.

“Saya agak teruja pada tahun ini kerana TV9 masih lagi memilih ST Rosyam Mart untuk berkolaborasi untuk memberi barangan berharga RM1.49 ini.

“Saya teruja sebab ada lagi pasaraya yang lain di Malaysia, tetapi kemungkinan disebakan kita punya cara tu sama yang bertujuan untuk membantu orang diluar sana dengan suasana lima bintang tapi harga borong.

“Saya rasa ini satu kolaborasi yang akan kekal sejati,” katanya.

Selain itu, kempen Janji Berbaloi 149 ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon dan pengarah Michael Ang selaku juri untuk program TV9, Dapur Tempur Ra-Ra yang disiarkan pada pukul 9.00 malam.

Untuk makluman, Pek yang ditawarkan oleh TV9 ini merupakan barang-barang yang biasa digunakan bagi menyediakan juadah waktu berbuka dan juadah sahur seperti beras, bawang putih, garam, minyak masak, telur, santan kelapa, tepung gandum, kicap manis, sirap kordial, bawang besar, sos cili, gula dan krimer manis.

Tawaran harga yang sangat istimewa itu merupakan tanda penghargaan kepada penonton setia TV9. Kolaborasi ini juga merupakan hasil usaha antara TV9 dan ST Rosyam Mart bagi menyemarakkan lagi kempen Seindah Kasih Media Prima.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Nov 2020

Lagu Cinta Kita 2: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

Wow! Tak sabar nak tunggu minggu depan

Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Featured Fri, 16 Aug 2024
Featured Mon, 13 Sep 2021
Selebriti Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Tak Terlibat Platform JomDonate, Nafi Seleweng Duit Dana… Aset Aisyah Hijanah Hasil Titik Peluh Sendiri

Harap semuanya sudah jelas ya, tak ada lagi dakwaan yang bukan-bukan

Trending Thu, 16 May 2019

Jururawat Hilang, Mayat Siti Kharina Ditemui Dengan Kesan Kelar Di Leher Disyaki Dibunuh

Mayat Siti Kharina ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu selain terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

error: Content is protected !!