Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2024 @ 6:38pm

Tak Terlibat Platform JomDonate, Nafi Seleweng Duit Dana… Aset Aisyah Hijanah Hasil Titik Peluh Sendiri

Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah menjawab dakwaan berkaitan isu penyelewengan duit kutipan derma.

Menerusi hebahan media Aisyah Hijanah yang dikeluarkan oleh firma guaman Rahim, Aidil & Partners, mereka menafikan dakwaan penyelewengen, penipuan atau pecah amanah jenayah seperti yang heboh di media sosial.

Malah, kutipan derma tersebut telah berakhir pada 14 Jun lalu dan hasil kutipan derma sudah diserahkan kembali.

Sementara itu, kenyataan media itu turut menegaskan anak guam mereka tidak terlibat dalam skim 20 peratus yang diterima bagi keseluruhan kutipan derma oleh platform JomDonate.

“Pihak kami menegaskan bahawa sebarang penggunaan imej, gambar dan/atau testimoni anakguam kami dibuat setelah mereka tidak lagi menggunakan platform tersebut.

“Oleh itu sebarang penggunaan imej, gambar atau testimoni anakguam kami adalah tanpa sebarang kebenaran dan persetujuan mereka,” kata firma guaman terbabit menerusi sebuah kenyataan.

Dalam masa sama, kenyataan media terbabit juga sekeras-kerasnya menolak dakwaan aset-aset yang diperolehi anak guam mereka adalah hasil daripada mana-mana kutipan derma.

“Anakguam kami menegaskan bahawa segala aset-aset yang diperolehi oleh mereka adalah atas daya usaha beliau sendiri tanpa menyalahgunakan mana-mana dana mahupun kutipan derma.

“Mereka juga berhak untuk menikmati hasil keuntungan perniagaan tersebut untuk tujuan peribadi,” tulis kenyataan terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

“>code

Sebelum ini, suami Aisyah, Alif Teega dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan penyelewengan duit dana tersebut dalam satu perkongsian di Instagram, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Alif Teega Minta Individu Disebalik Akaun FB ‘Scam No One’ Dedah Identiti Sebenar, Dakwa Pemfitnah ‘Edit’ Bukti Seleweng Dana

Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan Songlap Duit Kutipan Derma, Alif Teega Buka Mulut – “Terlalu Banyak Tuduhan & Fitnah Tak Berasas Dicipta”

Artikel Berkaitan: Konflik Rumah Tangga Alif Teega Kahwin Dua Dianggap Marketing, Aisyah Hijanah Perjelas Keadaan Sebenar – “Saya Cuba Untuk Bersangka Baik…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Angeline注册结婚啦!

One FM Angeline与交往近两年的男友Andrew BB今日(18日)注册结婚,开花结果啦!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Rehat Mengacara Sepanjang Ramadan, Jihan Muse Fokus Berniaga Pes

Buat pertama kali, Jihan akan membuka booth di Select Fest di Singapura pada 17-19 Mei ini!

Contest Sun, 8 Sep 2019

Jom Saksikan Pemenang Bagi Peraduan #SuaraSiapaTu #ICSYVMY

#ICSYVMY #SuaraSiapaTu akan berlangsung pada jam 9 malam ini!

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Masalah panik yang dialami Haiza memerlukannya rujukan daripada doktor pakar

Hiburan Sat, 10 Mar 2018

Altimet dapat “Air” dari Bruce Lee

Bruce Lee tersohor dengan mutiara kata berbunyi ‘Like Water” yang bermaksud sifat air apabila mengalir akan mengikut sebarang bentuk bekas.

error: Content is protected !!