Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 18, 2025 @ 7:58pm

Kolaborasi Istimewa Rentas Malaysia – Singapura, Azharina & Nana Karia Bersatu Dalam ‘Biar Gambar Bicara’

Dua bintang muzik dari negara serumpun, Azharina Azhar dari Malaysia dan artis serba boleh Singapura, Nana Karia menjalin kerjasama melalui sebuah karya baharu berjudul ‘Biar Gambar Bicara’, sebuah lagu beremosi yang menggabungkan elemen pop kontemporari, jazz dan soul.

Kolaborasi ini bukan sahaja mempertemukan dua vokal hebat, tetapi turut membawa perjalanan panjang persahabatan dan kepercayaan yang dibina sejak beberapa tahun lalu.

Idea untuk bekerjasama mula tercetus pada hujung 2023 selepas satu panggilan telefon yang menggerakkan projek ini.

Azharina dan Nana sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak 2016, namun perbincangan serius mengenai sebuah lagu duet hanya bermula pada penghujung 2023.

“Bila Nana cakap dia nak kolaborasi, saya terus rasa ada sesuatu yang kuat dalam lagu ni. Bila saya dengar demo lagu ni, saya terus jatuh cinta.

“Rasa macam lagu ni memang ditulis untuk saya. Kami pertama kali bertemu secara bersemuka pada Disember 2023 di Kuala Lumpur dan dari situ, semuanya berjalan dengan lancar,” kata Azharina.

Demo lagu diserahkan sekitar Mac 2024 dan kedua-dua penyanyi memasuki studio di Kuala Lumpur pada bulan yang sama.

Proses rakaman berlangsung lancar, didorong oleh hubungan mesra dan keserasian mereka. Muzik video pula dirakam di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, menampilkan visual yang dramatik dan penuh gaya.

Bagi Nana Karia, lagu ini mencerminkan keyakinan, ketekunan dan perjalanan panjang yang akhirnya berhasil direalisasikan.

“Saya percaya kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Kami melalui pelbagai proses, dari jarak jauh sehinggalah akhirnya dapat bersatu dalam studio.

“Biar Gambar Bicara merupakan lagu berbentuk realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia. Saya sangat terharu dapat bekerjasama dengan Azharina, seorang penyanyi yang saya kagumi sejak dulu. Lagu ini benar-benar dekat di hati kami berdua,” ujar Nana.

‘Biar Gambar Bicara’ dicipta oleh Nana Karia, dengan lirik hasil tulisan Faizal Sapuan. Produksi lagu ini digerakkan oleh Jebon Osman, Azharina Azhar serta kerjasama antara Azharina Entertainment dan Soulitaire Production.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Isu Beri Makan Anjing, Netizen Tolonglah ‘Otak’ Tu Jangan Sempit Sangat

Diharap masyarakat Malaysia lebih peka dan berilmu sebelum melontarkan kata-kata atau melabel seseorang diatas tindakan mereka

Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Ziva Magnolya Kembali Dengan Menanti

Ziva Magnolya muncul dengan Menanti!

Hiburan Fri, 12 May 2023

Angkat Tema Ekspresi Legasi Seni Sesuai Perubahan Minat & Aspirasi Gen Z, Jom Semak Senarai Penuh Calon Top 20 ABPBH 35

Ada ramai lagi artis kegemaran korang Yang penting jangan lupa undi👌👌👌

Trending Fri, 28 Aug 2020
Selebriti Fri, 1 Dec 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023
error: Content is protected !!