Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 22, 2023 @ 4:30pm

“How I Wish Attitude Akak Secantik Muka” – Dianggap Sombong, Peminat Luah Rasa Kecewa… Ini Respons Nad Zainal

Kerap menjadi bahan bualan kebelakangan ini, pelakon Nad Zainal sekali lagi meraih tumpuan dalam kalangan netizen selepas tercetusnya dakwaan yang mengatakan dirinya seorang aktres yang sombong.

Terdahulu, Nad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua selepas memuat naik sebuah perkongsian untuk mempromosikan susu kambing.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru Kahwin, Cepatnya…” – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Nad Zainal

Dalam perkongsian yang sama, seorang peminatnya telah meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu yang seolah-olah tidak perasan apabila disapa ketika bertemu.

Menerusi ruangan komen, individu tersebut menyatakan dia sudah melambai dan senyum kepada pelakon itu beberapa kali namun tindakannya itu tetap diendahkan.

“Cantiknya Kak Nad. How I wish attitude Kak Nad pun secantik muka Kak Nad. Sedih saya tadi kat Ikea MyTown, duduk depan meja Kak Nad. I lambai-lambai dan senyum Kak Nad buat tak nampak.

“Pastu Kak Nad dah habis makan, lalu depan saya, saya lambai lagi, tapi Kak Nad still buat tak nampak kat saya peminat Kak Nad ni.

“Lepas ni tak minat dah lah. Saya doakan semoga penglihatan Kak Nad tidak terjejas ya. Take care,” katanya.

Menyedari perkara itu, Nad telah tampil meminta maaf kepada individu tersebut dan mengakui dirinya memang  tidak perasan ketika dirinya disapa.

Namun, ada juga segelintir peminat Nad yang tampil membela pelakon itu dan mendakwa individu tersebut menggunakan akaun palsu.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 May 2024
Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Zara Zya Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Sebelum ini, Hafreez terlebih dahulu secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama pelakon dan penyanyi ini. Dan, dalam masa yang sama Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh dan perhubungan mereka

Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Trending Tue, 2 Jan 2018

MONEY SAVING TIPS: THIS MAN STASHED RM3,900 IN ONE YEAR WITH THIS SIMPLE STEP

Money is hard to come by these days. Though we may be earning a lot, prices for everyday items are also shooting through the roof. Check out how this man easily saves up RM3,900 in a single year!

Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Wed, 27 Aug 2025

“Kadang Kita Pun Singgah Dalam Hidup Orang Lain Tak Selamanya”- Zara Zya

Zara Zya mencuri perhatian apabila menitipkan pesanan penuh makna mengenai kehadiran seseorang dalam kehidupan.

error: Content is protected !!