Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 1, 2025 @ 9:28pm

Tak Mudah Gelap Mata & Pentingkan Mutu Jadi Rahsia Fauziah Ahmad Daud Laris Selepas Lebih 5 Dekad

Tidak gelap mata dengan tawaran lumayan, Seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud, 63, mengakui seorang yang selektif bukan saja dalam soal pemilihan skrip bahkan membabitkan perlantikkannya sebagai duta.

Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, lebih lima dekad bergelar anak seni, jenama yang diwakili sebagai duta boleh dibilang dengan jari kerana mengakui seorang yang mengejar mutu bukan wang semata-mata.

Ketika ditanya rahsianya masih laku sebagai duta pada usia senja, kata Ogy dia tidak memiliki sebarang rahsia.

Sebaliknya, Ogy sentiasa memastikan tanggungjawab sebagai duta tidak dilakukan secara sambil lewa.

Malah, pelakon drama bersiri Jejak Karmila itu turut mendedahkan sudah lebih daripada 10 tawaran ditolaknya kerana tidak berpuas hati dengan pelan perniagaan yang dikemukakan.

“Saya bukan orang yang mudah gelap mata. Kalau saya tolak, maknanya ada kelemahan pada perancangan bisnes itu.

“Dalam perniagaan, kita perlu pandang jauh. Saya tak mahu jadi duta produk yang akhirnya gulung tikar dengan keadaan ekonomi sekarang,” ujarnya.

Aktres filem Azura yang berpengalaman sebagai duta produk antarabangsa menjelaskan skop kerja duta bukan sekadar bergambar dengan produk semata-mata.

Sebaliknya, ia menuntut kehadirannya untuk turun padang mempromosikan produk serta memahami perjalanan syarikat.

“Kalau jadi duta, kita kena wakili syarikat sepenuhnya. Kita kena ambil tahu kerana tugas kita bukan kecil.

“Saya serius dalam hal ini sebab tanggungjawab duta itu besar,” katanya lagi.

Terbaharu, Ogy dilantik sebagai duta bagi perniagaan francis Avocake Pukis & Delight yang terletak di UTC Ampangan, Seremban milik rakannya.

Dia tertarik untuk menerima tawaran jenama itu kerana misi, visi dan cita-cita mereka jelas.

“Mereka ada misi, visi dan cita-cita jelas. Apa yang membuatkan saya setuju ialah peluang yang mereka buka kepada sesiapa termasuk mereka yang belum ada modal untuk menyertai francis mereka

“Mereka akan dididik untuk menguruskan francais. Itu bagi saya sesuatu yang berbeza,” katanya pada majlis Jom Sepetang Bersama Ogy.

Sementara itu, Pengarah Urusan Avocake Pukis & Delight, Shamsiah Yaakob, berkongsi inspirasi di sebalik penubuhan perniagaan tersebut.

Menu yang kami bawa berasaskan makanan tradisional Indonesia. Idea ini tercetus ketika saya pernah mengajar sebagai pensyarah di sana.

“Saya jatuh cinta dengan hidangan dari seberang seperti kuih pukis, sempo, bakso dan minuman avocado. Jadi saya belajar cara penyediaan dan akhirnya berjaya memperkenalkannya di Malaysia.

“Kuih pukis jenama Avocake Pukis & Delight adalah yang pertama di Malaysia. Kami juga mempekenalkan pelbagai variasi rasa pukis antaranya original, coklat, pandan, avocado dan beberapa lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsiah memaklumkan pihaknya akan membuka lebih banyak cawangan di beberapa lokasi termasuk di Melaka dan Lembah Klang.

UTC Seremban merupakan francis pertama dan beberapa francis akan dibuka di beberapa lokasi lain iaitu tiga lokasi di Seremban masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Melaka.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuka perniagaan ini sangat dialu-alukan dengan modal serendah RM42,000 sahaja untuk satu outlet.

Pihak Avocake Pukis & Delight turut menyediakan kelas dan yang penting perniagaan ini halal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Laporan Psikiatri belum sedia punca kes ditangguh

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Awie Janggal Pertama Kali Berimej Botak

Alhamdulillah… seronok dengar pengalaman idola kesayangan ramai ni.

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Events Wed, 26 Jun 2019

黄明志《辣死你妈1.0》玩穿越!希望鼠年贺岁档上映

相隔8年,Namewee黄明志再次操刀拍摄《辣死你妈2.0》续集《辣死你妈1.0》,融合大马多元种族文化的特色,大完穿越回到600年前马六甲王朝。

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syed Iqbal Menyerlah Dengan Basstamam, Lirik ‘Wahai Bulan Purnama’ Jadi Tumpuan di TikTok!

Penyanyi baharu, Syed Iqbal mencuri tumpuan ramai menerusi single sulungnya “Basstamam”.

Featured Tue, 16 May 2023

Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

“Saya dah lepaskan.. tak nak ingat lagi” – Nourul Depp. Hmm! Harap semuanya baik baik saja 😢

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ernie Berhasrat Membuat Rawatan Lasik

Semoga dipermudahkan rezeki Ernie

error: Content is protected !!