Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 4, 2023 @ 4:30pm

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Bakal bergelar isteri kepada pelakon popular, Syafiq Kyle tidak lama lagi, pelakon dan model Mimi Lana kelihatan anggun dengan persalinan gaun berwarna merah hati ketika hadir pada majlis istimewa sempena menyambut ‘bachelorette party’ bersama rakan terdekatnya.

Perkara itu dikongsi pelakon jelita, Fazura menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi hantaran tersebut, Fazura sempat menitipkan pesanan buat Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, supaya perkahwinan yang dibina dipenuhi dengan kebahagiaan serta sentiasa sabar menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri kelak.

“Mimi, awak tahu betapa istimewanya awak dihati Kak Faz (panggilan untuk Fazura). Semoga hari-hari mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan buat Mimi.

“Semoga sentiasa tabah dan ingat untuk mengambil sesuatu perkara pada satu masa,” katanya.

Dalam pada itu, teraju utama filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini menzahirkan rasa sayangnya terhadap Mimi dan memaklumkan dia sentiasa ada buat sahabatnya itu.

“Saya sayangkan awak, dan saya tahu awak tahu itu. Kak Faz sentiasa ada di sini buat kamu,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Terharu dengan majlis bertemakan tropika yang dipilih, Mimi turut memberikan respons terhadap hantaran tersebut menerusi ruangan balas berkenaan.

Aktres drama Perempuan Itu memaklumkan, rakan-rakannya yang terdiri dari Fazura, Nabila Huda, Azira Shafinaz, Alicia Amin, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad dan ramai lagi adalah antara insan kuat yang sentiasa ada bersamanya selama bergelar anak seni.

“Thank you everyone! Nak nangis rasa semua orang yang saya sayang ada for My bachelorette. Ini semua orang kuat hidup saya sejak bertahun tahun lama saya kenal. 

” To My kak Faz sayang. Thank you For everything, your efforts, your love, your time, and everything lah. You know what it is.

“Saya tak tahu apa yang saya dah lakukan sehingga saya layak untuk menjadikan kamu orang yang penting dalam hidup saya. Terima kasih untuk doanya dan saya sentiasa ada untuk kamu. Love You,” ujarnya.

Sekadar info, pada 21 Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman dramatis itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Aug 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Netizen Tegur Cara Pemakaian Zarina Anjoulie

Netizen menegur cara pemakaian Zarina yang bertudung tetapi tidak menutup bahagian yang sepatutnya. 

Trending Mon, 9 Aug 2021
Hiburan Wed, 5 Sep 2018
Trending Thu, 19 Apr 2018

Isu Peha Melimpah, Ramai Menunggu Kak Zai Buat Permohonan Maaf

Isu panas membabitkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

error: Content is protected !!