Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 29, 2023 @ 2:43pm

Digantung Tak Bertali, Isteri Maklum Afiq Muiz Tak Beri Nafkah Sejak 2021

Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin tampil menjelaskan dia memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya itu selepas tidak diberi nafkah sejak 2021.

Memetik laporan Berita Harian, perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie, Suriati Ab Ghani yang mewakili Pachara pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Menurut Suriati, anak guamnya selaku plaintif sudah memfailkan perceraian secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.

“Bagaimanapun, suaminya (Afiq) tidak pernah hadir dan gagal dikesan sehingga anak guam terpaksa membuat permohonan cerai secara tuntutan fasakh pada Oktober 2022,” katanya.

Memetik laporan mStar pula, tuntutan yang dibuat Pachara tersebut selepas Afiq tidak memberi kerjasama dan juga gagal hadir ke mahkamah.

“Benar, dia gantung saya tidak bertali dan sejak Julai 2021 saya tidak menerima sebarang nafkah daripadanya. Dia memang sudah tinggalkan saya.

“Afiq tahu saya failkan permohonan faskh tetapi dia tidak mahu beri kerjasama,” kata Pachara.

Terdahulu, Pachara atau nama islamnya Nur Aaira Mahdeya membuat laporan polis mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali pada Mei 2021.

Pada Disember 2022, Afiq membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Berita Harian & mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 May 2018

Ke Mana Hilangnya Aura Ayda Jebat?

Makin lama makin terasa kehilangannya , adakah ingin berehat dari karier seni

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ji Suk Jin’s Father Passes Away

May he rest in peace.

Featured Fri, 25 Jun 2021

Sering Terima Cadangan Perlanjutan Program i-Sinar & i-Lestari, Kerajaan Cuba Cari Penyelesaian – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz memberitahu kerajaan telah menerima pelbagai cadangan termasuk pelaksanaan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari. Menerusi laman Facebooknya, beliau menjelaskan telah mengambil kira pelbagai cadangan dan permintaan oleh […]

Featured Thu, 18 Feb 2021
Eat Travel Tue, 28 May 2019
Events Sun, 8 Jul 2018

EXO Brought the Roof Down in Axiata Stadium Last Night

Nothing beats watching our favourite artists live.

Featured Tue, 15 Jul 2025
Featured Tue, 26 May 2026
error: Content is protected !!