Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 27, 2023 @ 4:05pm

“Happy Birthday Mantanku” – Buat Ucapan Untuk Jejai, Fasha Sandha Sempat Usik Minta Cari ‘Mami’ Baru

Pelakon jelita, Fasha Sandha memuat naik sekeping foto beserta ucapan sempena ulang tahun kelahiran bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.

Menerusi hantarannya, ucapan Fasha buat Jejai mencuri perhatian ramai malah tarikh lahir bekas suaminya berkongsi sama tarikh dengan suaminya iaitu Aidil Aziz.

“Happy Birthday Mantanku. Semoga cepat-cepat dapat mami baru. Supaya rambut anak-anak i kemas dan supaya anak-anak mandi awal setiap hari 😂.

“Jangan marah ye sebab now dah tua nanti bertambah-tambah tuanya. Btw tak nampak tua pun, selalu nampak muda macam remaja, okay dah puji cepat senyum balik, takyah serius sangat 😂,” usik Fasha.

Sementara itu, Fasha sempat menzahirkan terima kasih kepada Jejai kerana mengizinkan anak-anaknya menyambut ulang tahun kelahiran Aidil dahulu.

“Kebetulan pula sama d.o.b dengan Aidil. Sigh. Terima kasih sebab bagi anak-anak celebrate Aidil semalam. Today celebrate dengan you pula. Happy birthday again Leo. My Love Hate Relationship,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Fasha dan Jejai pernah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Ryfal dan Puteri Raysha Jemyma.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

Luna Maya Terima Lamaran Maxime Bouttier, Menanti Hari Hidup Bersama

Luna Maya muat naik foto cincin berlian terima lamaran Maxime Bouttier

Trending Sun, 27 Jun 2021

Jiggy Masin Diselubungi Misteri Dalam Seram Tak Seram!

Pelawak Jiggy Masin muncul sebagai teraju utama dalam karya terbaru yang disiarkan di TV9 berjudul Seram Tak Seram. Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, naskhah ini bertemakan komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang […]

Hiburan Tue, 13 May 2025
Events Thu, 15 Aug 2024

Siti Nurhaliza Penyanyi Wanita Solo Yang Bakal Beraksi Di Hausboom Music Festival 2024

Wah, tak sabar nak tengok TokTi perfom!❤️❤️❤️

Featured Sat, 17 Jan 2026

“Tak Perlu Luah Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain” – Siti Nurhaliza Anggap Hantaran Threads Sekadar Berseloroh

Menurut Siti, komen itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan peminat dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk mencetuskan sebarang salah faham.

error: Content is protected !!