Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 3, 2022 @ 8:30pm

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Penyanyi terkenal, Shila Amzah sering memberi ruang kepada peminatnya untuk berkongsi perasaan atau ditujukan soalan berkenaan perihal peribadi serta rajin berinteraksi dengan mereka menerusi platform di Instagram Story.

Pelantun lagu Patah Seribu itu baru-baru ini disoal mengenai ciri-ciri ‘red flags’ yang harus dihindari oleh setiap wanita dalam sesuatu hubungan.

Jawab Shila, dia menyatakan tidak suka kepada lelaki jenis panas baran, memaki dan memukul, serta langsung tidak mempunyai ‘common sense’.

Menerusi Instagram Story yang lain, ada salah seorang peminatnya yang turut bersetuju dengan pendapatnya menganggap bercinta dengan lelaki panas baran adalah sangat menakutkan.

Sebagai wanita yang pernah bercinta dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut, Shila tidak menafikan perkara tersebut amat menyeramkan serta menjelaskan jejaka sedemikian akan romantik dari segi luaran namun ternyata tidak seperti yang disangka.

“Been there done that, the thing is diorang ni nampak sweet tau. Memang bahaya so kena hati-hati ok,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

Artikel Berkaitan: Terima Mesej Berbaur Benci Daripada Peminat Akibat Tersalah Tafsir Pendapatnya, Shila Amzah Tampil Bersuara – “10 Tahun Berlalu, Masing-Masing Mesti Nak Yang Terbaik”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Lirik Merentap Jiwa, Luahkan Isi Hati Yang Terbuku..” – Terinspirasi Tulis Lagu Ketika Hujan, Ramai Peminat Minta Shila Amzah Keluarkan Full Version!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Lama Tak Berlakon Filem, Didie Alias Mengaku Berdebar Masuk Set

Alhamdulillah, Didie Alias bakal masuk set pada Oktober depan di mana filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar. Good Luck Mummy!

Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang, Dira Abu Zahar Dah Siap Sedia!

” Kalau boleh saya mahu ikut cara beliau yang amat mengambil tahu kesusahan rakyat dan bagaimana beliau mendidik anak muda agar lebih berketerampilan,” katanya.

Featured Thu, 3 Jul 2025

Mierul Aiman Sanggup Upah Jurulatih Peribadi Demi Anak-Anak Mafia -“Ia Bantu Growth Saya Dalam Karakter Ini”

Ini adalah salah satu cara untuk membantu pertumbuhannya dalam menjayakan watak tersebut.

Featured Thu, 10 Oct 2024

Anak Maut Dirempuh SUV, Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Wajah Arwah

Allahu, baru je seminggu depa hantar masing-masing pergi belajar😰💔

error: Content is protected !!