Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 29, 2018 @ 7:00pm

Lama Tak Berlakon Filem, Didie Alias Mengaku Berdebar Masuk Set

Selain bergelar perunding untuk syarikat jenama kosmetik DYXY, pelakon dan pelawak Didie Alias memaklumkan dia teruja untuk kembali ke set penggambaran bagi sebuah filem.

Menurut pelakon berusia 46 tahun ini, dia rindu kembali ke set penggambaran dan menganggap tawaran ini sebagai rezeki untuk tahun 2018.

“ Kali terakhir saya berlakon dalam filem sekitar lima tahun lalu dalam filem Oh Mak Kau (OMK). Masih ingat lagi, waktu itu Ayda Jebat masih di awal kemunculannya. Memang lama tak berlakon dalam filem.

“ Alhamdulillah, saya bakal masuk set pada Oktober depan di mana filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar,” katanya kepada xtra.com.

Tambah Didie, walaupun bukan memegang watak utama dalam filem berkenaan namun perasaan berdebar tetap ada. 

Dalam perkembangan lain, Didie yang menerima jolokan Lady Gaga Malaysia memaklumkan dia bakal terlibat dalam konsert jelajah jenama kosmetik DYXY 2018.

“ Alhamdulillah saya diberi kepercayaan untuk bersama keluarga DYXY ke empat lokasi iaitu Kedah, Kuala Terengganu, Johor Baharu dan Kota Kinabalu, Sabah.

“ Di konsert itu nanti, saya bertindak sebagai pengacara dan bakal membuat persembahan dengan sebuah kumpulan di keempat-empat lokasi disebutkan. Kalau nak tahu bagaimana agaknya kejutan yang saya tampilkan, anda kena datang,” katanya.

Dalam konsert jelajah DYXY showcase tour 2018 itu nanti, Didie tidak keseorangan kerana Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice akan turut memeriahkan suasana.

Mereka akan berada di beberapa buah bandaraya termasuk Kedah pada 8 September, Terengganu 15 September, Johor Baharu 22 September dan Sabah pada 29 September depan.

Oh ya, jangan lupa tonton lakonan Didie Alias dalam drama Pelan Cinta yang bakal bersiaran di TV3 pada November nanti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 18 Oct 2024

“Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

Wahhh, bestnyaaaa. Murah rezeki Shuib tambah nafkah isteri

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Semoga memperoleh umrah yang mabrur…

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

美国队长正式告别!网泪崩:他会死在《复仇者4》

「美国队长」克里斯伊凡斯完成《复仇者联盟4》的补拍工作,正式宣布高挂盾牌,离开扮演8年的​​美国队长角色!

Featured Mon, 15 Jan 2024

Gara-Gara Skandal Rumah Tangga, Shuk Sahar Dedah Kereta Pernah Kena Ludah

Tapi ramai juga yang back up makcik tu kata padan muka shuk🤭

Hiburan Mon, 27 May 2024
FESYEN Thu, 10 Oct 2019

This is How Neelofa Single-Handedly Uplifts Modest Fashion to Greater Heights

She is literally a fashion icon whom millennials should look up to!

Featured Wed, 16 Jul 2025
Featured Wed, 15 Apr 2026

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Isu zuriat, Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

error: Content is protected !!