Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2026 @ 10:55am

“Dia Pernah Duduk Dalam Hati Aku…” – Mamat Sepah tak Selesa Nama Jep Terus Dikaitkan

Pelawak, Mamat Sepah akhirnya membuka mulut mengenai perasaan sebenar terhadap rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, meskipun hubungan mereka tidak lagi sehaluan.

Menerusi podcast Sementara Teman, pemilik nama Mohd Noor Murad, 40, itu secara jujur mengakui kurang senang apabila nama Jep masih sering dikaitkan dengannya sehingga hari ini.

“Sampai sekarang bila orang cakap pasal Jep… saya tak suka,” katanya.

Menurut Mamat, bukan kerana benci, sebaliknya rasa hormat terhadap hubungan lama membuatkan dia memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai sahabatnya itu.

“Jep pernah ada dalam sebahagian hidup saya. Macam kekasih yang putus cinta… kau tak boleh cerita pasal bekas kekasih aku sebab dia pernah duduk dalam hati aku,” luahnya.

Dalam masa sama, Mamat menegaskan kenangan bersama Jep dan Shuib Sepahtu bukan sesuatu yang mudah dipadam.

Katanya, kedua-dua sahabat itu sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya, malah ruang tersebut tidak pernah digantikan dengan sesiapa.

“Kalau nak cerita pasal Jep dan Shuib, mereka memang sampai bila-bila dalam hati saya.

“Ruang itu saya tak pernah buka untuk orang lain. Kami pernah lalui fasa susah senang bersama… zaman bujang kerja kilang, semua itu kenangan,” katanya.

Tambah Mamat lagi, dia juga memilih untuk tidak ‘menumpang populariti’ dengan menyebut nama Jep secara berlebihan, bagi mengelakkan salah faham.

“Saya tak nak kembang-kembangkan nama Jep sebab nanti orang kata saya overclaim, nak guna nama dia untuk naikkan view. Itu bukan niat saya.

“Tapi kalau soal kasih sayang… saya dan Shuib memang sayangkan dia,” katanya lagi.

Kredit: podcast Sementara Teman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dah Sampai Seru…Syazwan Zulkifly Bertunang 31 Ogos Ini!

Sudah sampai seru, buat apa perlu tangguh kan?

Featured Tue, 4 Oct 2022

[VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Bukan mudah seorang lelaki untuk turunkan ego dan mengaku salah sendiri, respect!

Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak

Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

Trending Tue, 15 Oct 2019
error: Content is protected !!