Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 6, 2026 @ 12:05pm

Jep Sepahtu Akhirnya Buka Mulut, Perjelas Hubungan Dengan Shuib Dan Mamat

Pelawak terkenal, Jep Sepahtu tampil menjelaskan keadaan sebenar hubungannya dengan dua rakan seperjuangan, Shuib dan Mamat selepas timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menegaskan tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka.

Menurutnya, walaupun kini mereka tidak lagi terlibat dalam urusan kerja bersama, keadaan itu tidak bermakna hubungan mereka keruh atau bermasam muka.

“Saya tak ada masalah dengan sesiapa. Tak pernah bergaduh atau bermasam muka. Cuma sekarang memang tak ada urusan kerja bersama.

“Bila tak ada urusan, itu tak bermaksud hubungan kami tak baik. Saya pun tak pernah cakap perkara yang boleh menyakitkan hati mereka,” katanya.

Jep turut menjelaskan dia sentiasa terbuka untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan Shuib serta Mamat sekiranya mereka bertemu pada bila-bila masa.

“Saya tak bergaduh dengan Shuib atau Mamat. Kalau terserempak dengan mereka, boleh saja bersembang, duduk minum bersama seperti biasa.

“Bagi saya, tak ada sebab untuk bergaduh. Perkara itu tak pernah terlintas dan memang tak ada faedah pun. Saya lebih memilih untuk hidup dengan tenang,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang menjadi perhatian ramai, Jep berkata ia sekadar bertujuan memperbetulkan perkara yang dirasakan kurang tepat daripada sudut pandangannya.

“Apa yang saya kongsikan sebelum ini hanya untuk membetulkan perkara yang saya rasa tidak tepat. Saya juga ada hak untuk berkongsi dari pihak saya.

“Saya tak berniat untuk mengeruhkan keadaan atau memalukan sesiapa. Cuma kalau ada cerita yang tak betul, saya akan jelaskan perkara sebenar.

“Bila saya kata ia tidak betul, itu tak bermakna kami bergaduh. Umur saya dah 41 tahun, tak ada sebab untuk buat provokasi. Saya cuma nak perbetulkan cerita sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jep turut mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya ada kesilapan daripada dirinya.

“Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Tak ada apa yang memalukan pun jika kita yang terlebih dahulu meminta maaf,” katanya.

@lanzazlan88

#fypシ゚viral #fypシ #jepsepahtu #shuibsepahtu #sepahtureunion

♬ original sound – Rembawang – Rembawang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Nov 2020

Pertimbangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Kita perlu penyelesaian jangka panjang..

Trending Tue, 30 Oct 2018

「3.5米巨型Hello Kitty」Our Sanrio Times展览齐集吉隆坡

Sanrio由1960年成立至今,已推出过超过400个成员!家传户晓的Sanrio家族成员,又岂止可爱的Hello Kitty一个,其余300多个成员,你又对他们的认知有几多?

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Trending Tue, 19 Nov 2019

Jaclyn Hill’s New Holiday Collection Accused of “Copying” Fenty Beauty

So does this mean that Fenty Beauty owns the octagonal shape?

Trending Mon, 3 Jan 2022

Isu Saman Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Mohon Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Sam Samin atau nama sebenarnya, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan Aida G atau nama sebenarnya, Razidah Ahmad, 42, selaku defendan keempat dan kelima dalam kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana yang menuntut RM2.5 juta sebagai […]

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

Kisah Influencer Curang Dengan Kawan Baik… Netizen Dakwa Jalan Cerita ‘Kerana Cinta Itu Dusta’ Mirip Konflik Cik Epal?

netizen mendakwa jalan ceritanya seakan-akan menyerupai kisah sebenar bekas pasangan pempengaruh

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Cabaran ‘Berat’ Sufian Suhaimi, Amira Othman

Peranan ‘soundtrack’ dalam sesebuah filem adalah sangat penting bagi mengiringi perjalan sebuan filem.

Events Fri, 15 Aug 2025
Featured Sun, 31 Dec 2023
error: Content is protected !!