Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 7, 2026 @ 2:12pm

Kisah Influencer Curang Dengan Kawan Baik… Netizen Dakwa Jalan Cerita ‘Kerana Cinta Itu Dusta’ Mirip Konflik Cik Epal?

Drama terbaharu TV3, Kerana Cinta Itu Dusta kini hangat diperkatakan di media sosial apabila segelintir netizen mendakwa jalan ceritanya seakan-akan menyerupai kisah sebenar bekas pasangan pempengaruh terkenal, Cik Epal dan Jofliam.

Perkara  itu mula tular selepas seorang pengguna platform Threads berkongsi pandangannya mengenai persamaan yang dilihat antara plot drama tersebut dengan kontroversi rumah tangga pasangan berkenaan.

Malah, netizen turut meninggalkan komen menyatakan beberapa elemen dalam drama itu dilihat terlalu mirip dengan kisah yang pernah menjadi perhatian umum sebelum ini.

Disebabkan jalan ceritanya yang berkisar tentang dunia influencer, konflik rumah tangga serta hubungan terlarang dengan sahabat baik, segelintir netizen beranggapan ia seakan-akan mempunyai persamaan dengan kisah yang pernah melibatkan Cik Epal dan Jofliam.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak produksi mahupun penulis skrip yang mengesahkan drama  itu diinspirasikan daripada kisah sebenar mana-mana individu.

Menampilkan gandingan pelakon hebat tanah air seperti Jazmy Juma, Emma Maembong, Azira Shafinaz dan Nazrief Nazri, drama Kerana Cinta Itu Dusta mula ditayangkan pada 25 Februari 2026 lalu, dan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Emma Maembong Dah Ada Kekasih Hati?

Kalau betul pun apa salahnya kan?

Trending Mon, 6 Sep 2021
Selebriti Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Nabil Ahmad Ditawarkan Hubungan Seks?

Antara ujiannya adalah Nabil sendiri pernah diajak oleh peminat fanatiknya untuk melakukan hubungan seks di sebuah hotel Mewah. Menurut Nabil, permintaan tersebut dihantar melalui aplikasi direct message instagram (DM). Biar betul?

Featured Tue, 12 Mar 2024

“Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Ingat! perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan🔥🔥🔥

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Shiha Zikir Sedih, Bergenang Air Mata Bila Noraniza Idris Dikecam Kerana Suka Lagu ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir terkejut melihat komen kurang menyenangkan yang ditinggalkan di media sosial terhadap Noraniza Idris.

error: Content is protected !!