Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 3, 2022 @ 3:13pm

Isu Saman Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Mohon Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Sam Samin atau nama sebenarnya, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan Aida G atau nama sebenarnya, Razidah Ahmad, 42, selaku defendan keempat dan kelima dalam kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana yang menuntut RM2.5 juta sebagai pampasan daripada lima orang defendan, memohon supaya kes saman sivil yang dihadapi mereka dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima tersebut berkata, kes itu perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana jumlah tuntutan melebihi RM1 juta dan harus dibicarakan di mahkamah yang betul.

“Kes ini tidak sepatutnya difailkan oleh Siti Nordiana di Mahkamah Sesyen kerana jumlah pampasan yang cuba dituntut ialah sebanyak RM2.5 juta iaitu melebihi jumlah bidang kuasa mahkamah,” kata Hafidzah.

Permohonan yang dibuat oleh Sam dan Aida itu dibantah oleh Siti Nordiana di Mahkamah Sesyen namun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tersebut dan kesemua perbicaraan telah diarahkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hafidzah menambah yang Mahkamah Tinggi telah menetapkan yang pendengaran permohonan dilakukan pada hari ini, 3 Januari 2022 melalui aplikasi Zoom.

Sekiranya permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi diluluskan, kes saman fitnah tersebut tidak lagi akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen pada 4 Januari ini, seperti yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen.

Kredit foto: IG Siti Nordiana / mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Mar 2025

Sarah Yasmine Tuntut Bayaran Ganti Rugi Hampir RM1 Juta Terhadap Aliff Aziz

Sarah menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memburukkan namanya sebelum ini .

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Trending Fri, 4 Oct 2019

Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak

Trending Fri, 6 Aug 2021
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Shooting Sampai 3 Pagi, Mana Larat Nak Berbual” – Julia Farhana Buka Mulut Isu Dituduh Sombong

Julia Farhana mahu pelakon baharu menduduhnya sombong tampil bersemuka

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Featured Wed, 10 Sep 2025
error: Content is protected !!