Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:31pm

“Shooting Sampai 3 Pagi, Mana Larat Nak Berbual” – Julia Farhana Buka Mulut Isu Dituduh Sombong

Nama pelakon cantik Julia Farhana hangat diperkatakan selepas seorang aktor mendedahkan dirinya pernah berdepan layanan dingin daripada seorang pelakon wanita senior yang digambarkan sebagai ‘sombong’.

Tanpa menyebut nama, ramai netizen mula membuat spekulasi dan mengaitkan kenyataan itu dengan Julia, hingga namanya trending di media sosial.

Ketika ditemui XTRA, Julia, 31, mengakui dia terkejut apabila namanya menjadi sasaran, namun pada masa sama sudah terbiasa dengan tanggapan sedemikian.

“Saya dah banyak kali dilabel sombong, bukan perkara baru. Malah, ramai rakan selebriti lain pun pernah kena benda yang sama.

“Saya tahu saya tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi kalau benar tuduhan itu ditujukan kepada saya, lebih baik orang itu datang beritahu sendiri secara terus terang,” ujarnya.

Julia berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Rizman Ruzaini, baru-baru ini.

Berpengalaman lebih 14 tahun dalam dunia lakonan, Julia menegaskan dia tidak pernah menerima sebarang komen negatif atau aduan berhubung sikapnya daripada pelakon senior mahupun kru produksi.

“Saya sentiasa terbuka untuk terima teguran. Di set penggambaran, macam-macam boleh berlaku. Tapi kalau itu adalah persepsi atau pengalaman peribadi dia, saya tak boleh nak halang,” jelasnya.

Tambah Julia, realiti kerja sebagai pelakon tidak semudah yang disangka, bukan sahaja perlu berlakon, malah terikat dengan pelbagai komitmen lain termasuk menghadiri acara dan bertemu klien.

“Kadang-kadang kita shooting sampai dua, tiga pagi. Bila dah terlalu penat, memang tak larat nak berbual atau layan orang sekeliling. Bukan sebab sombong, tapi sebab tenaga dah habis,” luahnya lagi.

Terdahulu, pelakon Jeremy Bong mendedahkan dalam sebuah podcast mengatakan dia pernah terasa hati dengan sikap seorang aktres senior semasa baru mula berjinak-jinak dalam industri hiburan.

Perkara itu dikongsikan menerusi episod Sembang Seram yang disiarkan awal April lalu.

Walaupun Jeremy tidak menyebut sebarang nama, ramai dalam kalangan netizen membuat andaian sendiri dan nama Julia antara yang paling banyak disebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Jul 2025
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Hebat! Tunku Hanis Kongsi Pengalaman Bawa Watak Tentera

Jangan lupa saksikan lakonan hebat Tunku Hanis, Janna Nick dan Sheila Rusly dalam Leftenan Zana setiap Rabu-Jumaat bermula jam 9 malam!

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Trending Fri, 16 Mar 2018

TMJ Letak Jawatan?

” Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit.

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Sun, 11 May 2025
Trending Thu, 15 Jul 2021

Semak Cara Mohon Bakul Prihatin Negara, Khas Buat Keluarga Yang Terkesan

Bakul Prihatin Negara adalah bantuan untuk keluarga yang terkesan ♥

Trending Tue, 13 Oct 2020
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

T***k Fasha Pula Jadi Bualan!

Ia tetap menjadi kecaman netizen walau pun tidaklah nampak sebesar Elly Mazlein kan!

error: Content is protected !!