Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2024 @ 9:37pm

Paparkan Budaya Masyarakat, Filem Tegkang Serlah Sisi Berbeza Keindahan Sarawak

Boleh dikatakan industri perfileman tanah air sudah terlalu banyak dibanjiri dengan naskhah yang bergenre seram, aksi atau komedi.

Agak jarang untuk melihat sesebuah filem tempatan menonjolkan paparan budaya sesebuah masyarakat terutamanya pada masa sekarang, di sebalik jalan cerita yang menyentuh perasaan.

Oleh yang demikian, ia memberikan inspirasi kepada syarikat produksi MyContent Distribution Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah filem berjudul Tegkang.

Penerbit Eksekutif, Lyn Nasihin berkata, perkataan ‘Tegkang’ diambil daripada bahasa kaum Kelabit di Sarawak yang bermaksud ‘Pelangi’.

“Idea asal jalan cerita filem ini adalah daripada pengarah iaitu Josh Nawan. Sewaktu sesi perbincangan, dia berkongsi konsep dan jalan cerita cukup menambat hati saya.

“Ia bukanlah sekadar sebuah cerita cinta semata-mata, tetapi turut mengangkat tema tentang kasih sayang, kebebasan dan sikap berpegang pada janji,” ujarnya.

Jelas Lyn, filem berkenaan menampilkan barisan pelakon iaitu Syafie Naswip dan Michelle Lungan yang juga seorang pelakon Kelabit kelahiran Sarawak.

Tegkang mengisahkan tentang hubungan antara seorang pelancong, Hanafi (Syafie) dengan seorang gadis tempatan iaitu Rinai (Michelle) yang dibesarkan di sebuah kampung di Kawasan pedalaman di Bario, Sarawak.

Bagaimanapun, kehadiran Hanafi ke kampung itu ternyata telah mengubah kehidupan Rinai, yang akan mengakibatkan sebuah rahsia lama yang tersimpan akhirnya terbongkar.

Mengenai keistimewaan filem ini, Lyn memberitahu pihaknya menggunakan 99 peratus pelakon tempatan Kelabit dan penggambaran juga hampir keseluruhannya dilakukan di Bario.

“Menariknya tentang Tegkang adalah paparan tentang budaya dan kehidupan masyarakat kaum Kelabit yang jarang diketengahkan dan kurang diketahui masyarakat luar.

“Ia antara kelainan yang cuba ditampilkan memandangkan masyarakat lebih mengenali Sarawak dengan kisah ‘headhunting’ (pemburu kepala) atau Bujang Senang. Sedangkan Sarawak cukup kaya dengan pelbagai budaya yang menarik serta tempat-tempat yang cukup indah,” ujarnya.

Jelasnya lagi, paling istimewa apabila baru-baru ini Tegkang memenangi Anugerah Juri di Festival Lift-Off yang dihoskan oleh Pinewood Studios UK.

Selain itu, filem ini turut dipilih sebagai Filem Penutup Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) 2024. Terbaharu, Tengkang turut menang beberapa kategori seperti Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Filem Cereka Terbaik di acara Borneo Arts And Creative Awards (BACA) 2024 yang berlangsung di Kuching pada September lalu.

“Ini merupakan satu penghormatan besar menunjukkan keupayaan filem untuk mendapat tempat dalam kalangan penonton tempatan dan antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Josh selaku pengarah pula memberitahu idea untuk menghasilkan filem berkenaan tercetus berdasarkan pengalamannya sendiri dibesarkan di kawasan pedalaman.

“Sebenarnya, jalan cerita dalam filem Tegkang ini memang ada berkait rapat dengan kisah tentang datuk saudara saya.

“Memandangkan saya membesar dengannya, jadi saya rasa kisahnya itu sangat menarik untuk diolah menjadi sebuah naskhah filem,” ujarnya.

Mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran sepanjang penggambaran, Josh menyatakan ia langsung tidak melemahkan semangatnya.

Ujarnya, untuk menjalani penggambaran di sebuah kawasan pedalaman ternyata bukan suatu perkara yang cukup mudah.

“Pertama sekali adalah dari segi logistik kerana perjalanan untuk ke Bario sahaja mengambil masa selama 15 jam melalui jalan darat dari bandar terdekat.

“Malah, cuaca pula agak sejuk ketika penggambaran sehingga ada beberapa kru yang jatuh sakit. Apapun kami berasa lega kerana semuanya tetap berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Sebagai pengarah, Josh meluahkan harapan agar naskhah sulungnya itu akan mendapat tempat di hati penonton.

“Sudah tentu saya berharap supaya filem ini mendapat sambutan penonton, termasuk di dalam dan luar negara.

“Namun, lebih penting Tegkang mampu menjadi platform untuk orang ramai mengenali lebih dekat tentang Bario dan kaum Kelabit,” ujarnya.

Filem Tegkang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 November 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Penyanyi ‘Menahan Rindu” ditahan pula

Wany  dikejarkan ke hospital setelah suhu badannya naik tinggi sehari selepas pulang daripada membuat persembahan  di Pasir Gudang, Johor.

#LaguXTRA Fri, 26 May 2023
Hiburan Thu, 10 Aug 2023
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Featured Tue, 3 Dec 2024

Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari

Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto menunjukkan matanya yang kelihatan lebam.

Featured Thu, 9 Oct 2025

Tyra Kamaruzzaman ‘Sound’ Individu ‘Munafik’? Tunjuk Solidariti Tapi Sokong Produk Boikot – “Berdiam Diri Bukan Isu, Tapi Lebih Kepada Hipokrit”

Kata Tyra, bagaimana seseorang boleh lantang bersuara soal Palestin sedangkan masih hadir ke acara jenama produk Isr**l.

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

Trending Wed, 5 Dec 2018

OMG! Tragedi Cas Telefon Sambil Pakai Earphone Berulang Lagi

Tidak sangka hanya kerana gemar mendengar lagu menggunakan earfon maut

error: Content is protected !!