Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 9, 2019 @ 5:09pm

Hebat! Tunku Hanis Kongsi Pengalaman Bawa Watak Tentera

Memegang watak Leftenan Razlina, pelakon Tunku Hanis mengakui berdepan dengan kecederaan ketika menjalani penggambaran Leftenan Zana yang kini bersiaran di TV3.

Menerusi laman Instagramnya, aktres jelita ini memaklumkan tanggungjawab membawa watak berkenaan sebenarnya bukanlah hal mudah.

“ Alah bisa tegal biasa adalah peribahasa yang paling sesuai di dalam pembikinan drama ini kerana semuanya adalah realiti. Slogan kata ketika berbulan kami di dalam kem untuk kami ‘Kau masuk tempat aku kau buat cara aku’ ‘Kedatangan kau tidak diundang ragu-ragu sila pulang’.

“ Percayalah, memang tidak mudah! Saya sendiri mengalami kecederaan yang agak serius akan tetapi penggambaran tetap dijalankan,” katanya.

Pelakon yang pernah membintangi Raisha 2 turut berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam Leftenan Zana iaitu anggota tentera yang bertungkus-lumus memberi kerjasama terbaik.

“ Dibawah pimpinan sis @sheilarusly_jspictures yang memang betul komandan kitaorang, haha! Dan juga abang @jinggo_jspictures semoga semuanya dapat diterima dengan baik. Segala yang tidak baik adalah dari kami sendiri.

“ Tidak lupa juga semua anggota tentera yang terlibat yang bertungkus lumus bekerjasama membantu kami, anda semua adalah yang terbaik! Terimalah #LeftenanZana lakonan hebat pelakon-pelakon hebat @jannanick @redzarosli@sheilarusly_jspictures @ameerul_asyraf@amalinaarhan @enapakwan@hairie_othman @izzatmushtaq@mrsaprenamanrose & ramai lagi,” katanya yang berharap drama ini bakal diminati ramai.

Jangan lupa saksikan lakonan hebat Tunku Hanis, Janna Nick dan Sheila Rusly dalam Leftenan Zana setiap Rabu-Jumaat bermula jam 9 malam!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Feb 2026

Netizen Dakwa Lakonan ‘Kayu’ Meski Terima Banyak Tawaran, Fasha Sanda ‘Backup’ Sharifah Rose – “Dia Punctual & Rajin”

Pelakon versatile, Fasha Sandha tampil mempertahankan pelakon baharu yang juga seorang pempengaruh popular, Sharifah Rose.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Tue, 20 May 2025

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 Kekal Optimis Sasar Kutipan Pecah Panggung RM60 Juta!

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 akui tekanan bersaing dengan filem lain di pawagam

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

Featured Mon, 1 Dec 2025
error: Content is protected !!