Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2023 @ 2:18pm

Lebih 13 Tahun Jalin Cinta Dengan Pengurus, Shiha Zikir Bakal Kahwin Tahun Ini?

“Insya-Allah.”

Demikian jawapan ringkas kekasih merangkap pengurus kepada penyanyi Shiha Zikir, Kamarul Arifin Baharun, 38, ketika ditanya adakah mereka bakal berkahwin pada tahun ini.

Lelaki yang dikenali dengan nama Arul itu menguntum senyum sambil menjawab soalan mengenai wanita yang sudah dicintainya selama lebih 13 tahun.

Tidak mengulas lanjut dengan lebih terperinci mengenai hari bahagia, Shiha yang berada di sisi Arul mengaku mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke peringkat lebih serius.

“Sudah lama kami berkenalan dan menjalin hubungan cinta. Arul juga bukan sahaja kekasih, tetapi dia menguruskan kerjaya seni saya bermula dari bawah sehingga ke hari ini.

“Semua pasangan bercinta mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke arah lebih serius, kami juga begitu. Namun, saya dan Arul memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjaya. Alhamdulillah, semuanya membuahkan hasil dan pelbagai bidang kerjaya menyerlahkan bakat saya.

“Tidak hanya mencuba nasib dalam bidang nyanyian, orang mula mengenali Shiha Zikir sebagai pelakon, pengacara serta pelawak,” katanya kepadda XTRA.

@xtra_my Neon neon, laser laser, glow in the dark. Power la Shiha malam ni… Pap pa ra ra ra! 🥰💖💜 Jangan lupa saksikan #AJL37 jam9 malam ini secara langsung di TV3 dan strim langsung HD hanya di Tonton. #AJL37 #dimensimuzik #alhaalfa ♬ original sound – XTRA

Jarang berkongsi soal peribadi yang melibatkan hubungan cinta mereka di laman sosial, penyanyi lagu AEWO itu menganggap kerjaya dalam bidang seni menjadi tumpuan utama.

“Saya memang jarang berkongsi soal peribadi. Jika peminat boleh lihat sendiri di laman Instagram, sejak dahulu lagi, memang jarang saya kongsikan mengenai hubungan cinta dengan Arul.

“Tetapi bila ada yang bertanya mengenai status, saya memang mengaku yang Arul merupakan teman lelaki dan tidak pernah menyembunyikannya. Kami selesa meletakkan fokus terhadap kerjaya kerana mahu bertahan lama dalam bidang seni. Apapun, kami memohon doa yang baik-baik, semoga semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berhabis Lebih RM100,000 Tapi Saya Puas” – Netizen Komen Naim Daniel Lebih Layak Menang Persembahan Terbaik, Ini Respons Shiha Zikir

Terdahulu, Shiha melakar kejayaan manis dengan memenangi trofi Persembahan Terbaik serta wang tunai bernilai RM12,000 di Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Irama.

Menampilan tema unik dengan elemen limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’ disulami tarian lincah, Shiha berhabis lebih RM100,000 untuk merealisasikan idea terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Aug 2023
Trending Mon, 19 Oct 2020
Drama Thu, 21 Mar 2024
Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Sat, 27 Mar 2021

“Kami Tidak Berhubung Sehinggalah…” – Mula Kenal Tahun 2017, Neelofa Dedah Peribadi PU Riz

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengimbas semula detik perkenalan dengan suaminya, pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz. Dedah Neelofa, mereka saling mengenali sekitar empat tahun lalu. “Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. […]

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

BYON7 Janji Aksi ‘Tarung’ Sebenar, Rematch Paling Dinanti Sabtu Ini!

Tumpuan BYON Combat Showbiz 7 Sabtu ini pastinya terarah kepada aksi ulangan antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan.

Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
error: Content is protected !!