Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 4, 2018 @ 8:47am

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Jabatan Imigresen Malaysia telah membatalkan pasport milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada 15 Jun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk  Seri Mustafar Ali berkata, pembatalan itu dilakukan atas permintaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana,” katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Dalam pada itu, Mustafar berkata, pihaknya mengesahkan bahawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ke luar negara dengan menggunakan ‘jalan tikus’.

“Sudah pastinya dalam hal ini, Jamal menggunakan jalan tikus melalui Tanjung Balai, Indonesia. Dia  ditangkap di Jakarta Selatan dan pegawai saya di Jakarta juga telah menyerahkan laporan kepada saya.

“Dia yang kini ditahan pihak berkuasa Indonesia bakal dihantar pulang ke Malaysia dan pihak kami akan mendakwanya atas kesalahan imigresen yang berkaitan,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Bekas calon ketua pemuda Umno itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Jamal, yang melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu, didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 6 May 2025

Tragedi Rebut Tempat Minta Sedekah: Lelaki OKU Lembam Didakwa Memb*n*h

rebut tempat sedekah, OKU lembam didakwa membunuh

Trending Sun, 19 Jan 2020

‘Cermin Diri Sendiri, Jangan Campur Tangan Urusan Parti’-Haniza Talha

Teguran itu ditujukan berikutan kenyataan beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Derita Masalah Bronkitis & Sinus Yang Teruk, DJ Lin Masuk Wad

Semoga cepat sihat sebab kami semua rindu suara DJ Lin❤️

Trending Tue, 16 Mar 2021

Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

Berita gembira buat semua sempena ramadan ini! Alhamdulillah.

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Trending Fri, 16 Apr 2021

REV Media Group Ungguli Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini Buat Kali Kedua!

REV Media Group (RMG) yang dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital sekali lagi telah dianugerahkan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ oleh d Awards 2020, Malaysian Digital Association (MDA) sekaligus membawa pulang anugerah Emas buat tahun […]

Trending Sat, 27 Oct 2018

‘Tak Apa, Muntah Je…’, Gambar Abang Bomba Pangku Si Comel Curi Tumpuan Netizen

Salute! Abang Bomba ni memang terbaik, semoga terus dilindungi Allah SWT ketika menjalankan tanggungjawab.

error: Content is protected !!