Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida January 19, 2020 @ 9:00am

‘Cermin Diri Sendiri, Jangan Campur Tangan Urusan Parti’-Haniza Talha

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat YB Haniza Talha menegur tindakan segelintir individu yang mendesak agar Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin segera dipecat. 

Menurut beliau dalam sebuah kenyataan media, teguran itu ditujukan berikutan kenyataan beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

“Tiada perkara baru, hanya ulangan desakan-desakan agar tindakan memecat YB Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang disuarakan.

“Namun yang menjentik naluri saya untuk memberi respon kepada kenyataan mereka ialah, dakwaan Dato’ Johari Abdul bahawa Naib Presiden YB Zuraida Kamaruddin tiada sokongan akar umbi dari anggota parti,” luahnya.

Haniza mengingatkan agar ‘mereka’ yang mula lupa ini tentang sokongan akar umbi.

“Saya berharap agar mereka ini dapat mencermin diri sendiri dan yang paling utama agar maksud pemimpin yang dilantik dan pemimpin yang dipilih itu dapat dihadam.

“Jika keputusan pemilihan parti yang telah berlaku pada 2018 lalu saya jadikan ukuran, Dato’ Johari Abdul yang kini Pengerusi MPN Kedah sendiri tewas 3 penjuru di Cabang Sungai Petani dan turut tewas di tangga ke 6 untuk jawatan Naib Presiden Pusat.

“Jumlah undi yang diperoleh hanya 9.9% dari keseluruhan hampir 500 ribu undi diterima calon-calon Naib Presiden. Namun kini beliau yang paling gah dan bising mulutnya walau hanya dengan jawatan lantikan sebagai Pengerusi MPN Negeri Kedah,” katanya.

Tambah beliau lagi,  YB Fuziah Salleh tidak bertanding di peringkat Cabang dan turut gagal merebut jawatan Ketua Wanita Pusat namun dilantik sebagai Pengerusi MPN Pahang.

“Manakala YB Syed Ibrahim,Pengerusi MPN Johor tewas di peringkat Cabang dengan mendapat hanya 271 undi dan mendapat tempat ke 29 dalam merebut jawatan MPP.

“Pengerusi MPN Perak, Farhash Wafa Salvador pula menang hanya 266 undi di Cabang Kuala Kangsar dan kalah teruk di tangga ke 69 bagi jawatan MPP.

“Mereka yang disebut di atas adalah segelintir pimpinan lantikan yang mendesak pemimpin yang mendapat sokongan padu anggota akar umbi seperti YB Zuraida Kamaruddin agar dipecat,” luahnya. 

Sementara itu, Haniza mengingatkan YB Zuraida dipilih oleh anggota parti seluruh negara sekaligus yang mendapat undi kedua tertinggi dan di peringkat cabang telah memobilisasi ribuan anggota sewaktu pemilihan.

“Sekadar memberi contoh beberapa pimpinan yang melanggar peringatan Presiden untuk tutup mulut dan fokus kepada kepentingan perjuangan, saya saran agar mereka sedar diri dan tidak campur tangan dalam pengurusan parti.

“Lembaga Disiplin telah pun menghantar surat Tunjuk Sebab kepada YB Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan InshaAllah, langkah seterusnya akan difikirkan dan dilaksanakan mengikut pertimbangan YB Naib Presiden sendiri,” akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jun 2022

Selepas 8 Tahun, Peminat Terubat Rindu Lihat Neelofa Kembali Mengacara Nona TV3

Peminat lepas rindu melihat Neelofa mengacara di Nona selepas 8 tahun!

Selebriti Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Intan Najuwa Dedah Wajah Anak, Ramai Puji Imane Lunara Comel!

Intan Najuwa kongsi wajah Anak, ramai kata persis suami

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Individu Terdekat Dakwa Mangsa Kes R*g*l Da’i Syed Cuba B*n*h D*ri?

Seorang individu tampil berkongsi keadaan mangsa kes rogol membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Sat, 8 Jun 2024
error: Content is protected !!