Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari March 12, 2024 @ 5:07pm

Izin Suami Kahwini Doktor Usia 26 Tahun, Ezlynn Reda Bermadu – “Poligami Bukan Untuk Semua Wanita”

Penyanyi Ezlynn Ariffin memaklumkan bahawa dia kini mempunyai madu apabila suaminya, Wan Mohd Hafizam telah berkahwin dengan seorang doktor berumur 26 tahun di Perlis pada Mac 2023.

Memetik laporan Harian Metro, Ezlynn turut menyatakan bahawa statusnya kini berubah menjadi isteri pertama selepas suaminya itu menceraikan dua isteri terdahulu.

“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.

“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.

“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Ezlynn pernah memberitahu bahawa dia ingin mencari isteri baharu untuk suaminya sebagai saham akhiratnya.

“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.

“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.

“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” ujarmya kepada Harian Metro.

Dedah Ezlynn, dia terbuka hati menerima poligami apabila mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.

“Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.

“Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.

“Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.

“Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai,” katanya lagi.

Untuk info, Ezlynn berkahwin kali kedua dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.

Manakala, menerusi perkahwinan pertama, Ezlynn berkahwin dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy pada 20 November 2011 namun bercerai pada 23 Oktober 2017.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jul 2020
Trending Mon, 2 Nov 2020
Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Featured Wed, 5 Mar 2025

Content 30 Hari 30 Sunah Imran Aqil Dipuji, Netizen Komen: “Best! Influencer Patut Contohi Content Macam Ni”

Kata Imran, walaupun dia bukanlah seorang ustaz, namun dia telah melakukan beberapa penyelidikan terhadap perkongsian sunah tersebut.

Hiburan Fri, 7 Jun 2024

Kes Dakwaan Rogol Mondy Tattoo Digugurkan, Tiada Pendakwaan Diambil Terhadap Ebit Lew – “Saman Tetap Jalan”

Ebit Lew bersyukur kes tak diteruskan, akan tetap saman fitnah Mondy Tattoo

Trending Mon, 9 Apr 2018

Allahuakbar! Kalimah Allah Di Dahi Bayi Ini…

Meskipun hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat.

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pernah Dihina Hidup Susah, Madammu Jadi Inspirasi Warganet Untuk Berjaya – “Dia Ni Anak Terbiar!”

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu tular di media sosial kerana berkongsi kisah perjalanan hidupnya ketika susah dahulu. Madammu memberitahu tidak mudah untuk dia mencapai kejayaan sehingga berada di tahap yang sebegini […]

error: Content is protected !!